Harian Metro

Serbu serentak 2 kediaman

- Garret Dawum cnews@nstp.com.my

 Enam penganggur ditahan disyaki miliki syabu bernilai RM2,025

Enam penganggur ditahan polis kerana disyaki memiliki syabu dianggarka­n bernilai RM2,025 di Simpang Ngu Jalan Bintulu-Miri Batu Niah, Isnin lalu.

Dalam serbuan serentak sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak ke atas dua rumah pada jam 11.30 malam, mereka berjaya merampas syabu dengan berat 13.5 gram daripada suspek berusia 24 hingga 37 tahun.

Ketua JSJN Sarawak, Supritenda­n Sahar Abdul Latif berkata, pasukan polis menjumpai 18 tiub straw berisi ketulan kristal disyaki syabu dengan berat lima gram ketika serbuan di rumah pertama.

“Hasil pemeriksaa­n di rumah kedua pula, polis menemui tiga peket plastik lut sinar disyaki syabu dengan berat 8.5 gram. Malah selaras senapang patah buatan sendiri turut dirampas di rumah sama.

“Selepas siasatan dibuat, aktiviti pengedaran dadah di kawasan terbabit bermula sejak tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek turut positif dadah amphetamin­e atau methamphet­amine.

“Dua daripada mereka yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan empat yang lain direman selama empat hari bermula Selasa lalu hingga Jumaat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” katanya.

 ??  ?? SYABU dan senapang patah buatan sendiri yang dirampas daripada suspek ketika serbuan di Simpang Ngu, Jalan Bintulu-Miri, Batu Niah, Isnin lalu.
SYABU dan senapang patah buatan sendiri yang dirampas daripada suspek ketika serbuan di Simpang Ngu, Jalan Bintulu-Miri, Batu Niah, Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia