Harian Metro

Tubuh batalion PGA di Kunak, Kudat

-

Papar: Rancangan penubuhan dua lagi batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kunak dan Kudat akan memperkasa­kan lagi kawalan keselamata­n di Sabah.

Komander Briged Sabah PGA, Datuk Zanuddian Samsu Hadi berkata, di Sabah setakat ini ada lima batalion iaitu di Kota Kinabalu, Lahad Datu, Beluran, Sandakan dan Tawau.

“Kita ada lima batalion dan kerajaan ada ura-ura menubuhkan dua lagi batalion yang diluluskan iaitu Batalion 21 di Kunak dan satu lagi Batalion 22 di Kudat.

“Apabila ditubuhkan dua lagi akan menjadi tujuh batalion semuanya. Bagaimanap­un, penubuhan bagi Batalion 21 di Kunak belum diketahui lagi namun jawatan dan tempat sudah ada iaitu di belakang Hospital Kunak,” katanya ketika ditemui media selepas hadir ke Perhimpuna­n Bulanan Pemakaian Pangkat Briged Sabah PGA di Padang Kawad Briged Sabah, di Kinarut, semalam.

Tambah beliau lagi, sekiranya penubuhan dua batalion dilakukan, briged akan dibahagika­n kepada dua bahagian iaitu Briged Sabah Utara dan satu lagi Briged Sabah Selatan.

“Sekiranya ditubuhkan batalion terbabit, Batalion 14 di Tawau dan Batalion 17 di Lahad Datu akan menjadi Briged Sabah Selatan dengan pertambaha­n Batalion 21 di Kunak.

“Manakala Batalion 16 Kota Kinabalu dan Batalion 22 yang akan dibuat di Kudat serta Batalion 20 di Beluran dan Batalion 15 di Sandakan akan jadi Briged Sabah Utara,” katanya.

 ??  ?? ZANUDDIAN (kiri) memakaikan pangkat kepada Inspektor Ezandro Sualin ketika Perhimpuna­n Bulanan dan Pemakaian Pangkat di Briged Sabah PGA, Kinarut, semalam.
ZANUDDIAN (kiri) memakaikan pangkat kepada Inspektor Ezandro Sualin ketika Perhimpuna­n Bulanan dan Pemakaian Pangkat di Briged Sabah PGA, Kinarut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia