Harian Metro

ANGKARA BAPA TIRI

 Lelaki kurang bergaul dera anak tiri sampai mati

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

Dia seorang yang pendiam dan kurang bergaul dengan penduduk setempat malah dia juga jarang membawa anak-anaknya keluar”

Muhamed Haekal

“Dia seorang yang pendiam dan kurang bergaul dengan penduduk setempat malah dia juga jarang membawa anak-anaknya keluar.

“Kami hanya mengetahui mengenai kejadian itu (dera) melalui (aplikasi) WhatsApp malam tadi (semalam) dan tidak menyangka dia sanggup melakukan perkara itu,” kata penduduk Kampung Batu Balik, Muhamed Haekal Muhamed Nasrudin, 23.

Dia berkata, suspek yang didakwa mendera anak tirinya itu sememangny­a berasal dari kampung berkenaan namun kurang bercampur dengan masyarakat

sekeliling menyebabka­n mereka tidak tahu keadaan keluarga itu.

Katanya, suspek yang berusia 54 tahun itu sebelum ini mempunyai empat orang anak dan berkahwin dengan ibu mangsa kira-kira empat tahun lalu.

“Sebelum ini, saya memang berkawan rapat dengan anak-anaknya (hasil perkahwina­n terdahulu) kerana membesar bersama namun sejak dia berpisah dengan isteri pertamanya, hubungan kami terputus.

“Namun saya pernah diberitahu oleh anaknya bahawa ayahnya seorang yang panas baran dan pernah juga beberapa kali ‘naik tangan’,” katanya ketika ditemui di sini.

Mangsa, Muhammad Hafiz Abdullah, 5, maut dipercayai didera bapa tirinya, kelmarin.

Kanak-kanak itu meninggal dunia di Klinik Kesihatan Padang Rumbia, Pekan selepas dibawa oleh ibu dan bapa tirinya kira-kira jam 4 petang kerana tidak sedarkan diri.

Seorang lagi penduduk, Rasmani Sidek, 53, berkata, walaupun dia mempunyai pertalian saudara dengan suspek namun dia tidak mengetahui secara mendalam kehidupann­ya.

“Saya tidak tahu bagaimana hubungan suspek dengan anak tirinya kerana mangsa jarang dibawa keluar..jika terserempa­k di mana-mana pun hanya dia dan isterinya sahaja.

“Kami pun tidak menjangka kejadian dera ini boleh berlaku, jika kami tahu awal sudah pasti kami dapat mencegahny­a dengan menegur perlakuan dia,” katanya.

Sementara itu Ketua

Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan memaklumka­n bapa tiri serta ibu mangsa yang berusia 25 tahun direman selama tujuh hari sehingga 25 Februari ini untuk siasatan lanjut.

Tinjauan di rumah mangsa mendapati rumah berkenaan berkunci dan kosong manakala jarak antara rumah jiran adalah kira-kira 100 meter.

 ??  ??
 ?? FOTO: FARIZUL HAFIZ AWANG ?? JARAK antara rumah mangsa dan jiran kira-kira 100 meter. JENAZAH Muhammad Hafiz dibawa keluar dari unit forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas selesai bedah siasat. KEADAAN dalam rumah yang didiami mangsa bersama ibu dan bapa tirinya.
FOTO: FARIZUL HAFIZ AWANG JARAK antara rumah mangsa dan jiran kira-kira 100 meter. JENAZAH Muhammad Hafiz dibawa keluar dari unit forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas selesai bedah siasat. KEADAAN dalam rumah yang didiami mangsa bersama ibu dan bapa tirinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia