Harian Metro

TUAH BUDAK KERBAU

‘Mowgli Malaysia’ pegang watak utama telefilem Hari Raya Di Hujung Tanduk

- Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

Peminat The Kampung Boy Mohd Syukur Khamis, 14, berpeluang menonton telefilem raya sulung lakonan remaja itu pada Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin yang juga terkenal dengan jolokan Mowgli

Malaysia itu memegang watak utama dalam telefilem bertajuk Raya Di Hujung Tanduk sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Beliau digandingk­an dengan beberapa pelakon lain termasuk Delimawati yang terkenal dengan watak Hantu Kak Limah menerusi Filem Hantu Kak Limah dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Syukur berkata, dia sangat seronok menjalani penggambar­an telefilem itu yang memberi pengalaman baharu kepadanya.

“Walaupun hanya dua hari penggambar­an dijalankan namun ia sangat meletihkan kerana saya tidak biasa dengan proses itu.

“Paling mencabar ketika proses menghafal dialog selain perlu menghayati watak yang sentiasa

Walaupun hanya dua hari penggambar­an dijalankan namun ia sangat meletihkan kerana saya tidak biasa dengan proses itu. Telefilem raya itu berkisarka­n kasih sayang saya terhadap kerbau yang dipelihara dan mempunyai banyak adegan yang membabitka­n perasaan dan emosi”

Syukur

bermain dengan emosi.

“Telefilem raya itu berkisarka­n kasih sayang saya terhadap kerbau yang dipelihara dan mempunyai banyak adegan yang membabitka­n perasaan dan emosi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurutnya, pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang proses penggambar­an itu adalah ketika diminta melakonkan adegan marah.

“Saya mengeluark­an dialog marah, tetapi mimik muka saya seolah-olah sedang bergembira sehingga membuatkan semua kru produksi ketawa.

“Banyak kali juga adegan itu terpaksa diulang namun akhirnya saya berjaya memenuhi kehendak pengarah.

“Sepanjang penggambar­an, saya tidak tertekan kerana semua kru produksi termasuk pelakon berpengala­man terutama Delimawati sentiasa memberi dorongan,” katanya.

Menurutnya, dia tidak sabar untuk menyaksika­n hasil lakonannya itu dan menantikan reaksi penonton.

“Difahamkan, telefilem itu akan disiarkan pada Hari Raya Aidilfitri ini tetapi tidak pasti pada hari raya yang ke berapa.

“Saya harap semua penonton terhibur dan memberi respon, yang positif,” katanya.

Sementara itu, abangnya, Muhamad Alias, 29,

Kampung Banggol

Katong berkata, penggambar­an telefilem raya itu dijalankan pada Jumaat dan Sabtu baru-baru ini.

“Produksi telefilem itu sengaja menjalanka­n penggambar­an itu pada hari cuti kerana tidak ingin mengganggu sesi persekolah­an Syukur.

“Saya dan keluarga berasa bertuah kerana berpeluang melihat sesi penggambar­an telefilem itu selain dapat menumpang gembira untuk Syukur.

“Sepanjang penggambar­an itu, Syukur berusaha memberi yang terbaik dan cepat belajar menyebabka­n penggambar­an berjalan lancar,” katanya. Menurutnya, Syukur turut menerima tawaran drama berepisod tetapi masih dalam proses perbincang­an selain menjalani penggambar­an bersama Majalah 3.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Syukur bersama Delimawati dan pelakon kanak-kanak lain.
MOHD Syukur bersama Delimawati dan pelakon kanak-kanak lain.
 ??  ?? MOHD Syukur menjalani penggambar­an
di pekarangan kandang kerbaunya.
MOHD Syukur menjalani penggambar­an di pekarangan kandang kerbaunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia