Harian Metro

CETAK DUIT BELANJA KAHWIN

 Pemuda buat laporan konon peroleh wang dari mesin ATM didakwa

- Harun Yahya cnews@nstp.com.my

Seorang penjawat awam berusia 28 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Sibu di sini, semalam, atas pertuduhan memalsukan wang berjumlah RM4,000.

Tertuduh, Abdul Syahmi Syafiq Abdul Rahman dituduh melakukan kesalahan itu jam 9.46 malam, 15 Februari lalu di sebuah bank di Jalan Nyabor di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah, Romme Ahmad Zaidi dan tiada pengakuan direkodkan.

Jika didapati bersalah tertuduh boleh dipenjarak­an sehingga 10 tahun. Mahkamah Sesyen Sibu menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin RM2,000 oleh dua penjamin.

Tertuduh dilihat menitiskan air mata selepas ahli keluargany­a yang menunggu di luar bilik mahkamah memeluknya sebelum dibawa semula ke lokap mahkamah.

FAKTA Suspek cetak 25 not RM100, 30 not RM50 di kuarters kediaman di Sibu

Sabtu lalu, tertuduh ditahan selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Merah, jam 12.36 tengah hari kononnya wang RM4,000 dikeluarka­n dari mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) bank adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek membuat laporan sebagai rujukan pihak bank dengan harapan dapat menukar wang palsu dicetaknya kepada wang tulen.

Bagaimanap­un, selepas didesak, suspek mengaku mencetak wang palsu itu sebelum cuba memperdaya­kan pihak bank.

“Keseluruha­nnya, suspek mencetak 25 not RM100 dan 30 not RM50 di kuarters kediamanny­a di Sibu sebelum menyerahka­n kepada tunangnya untuk perbelanja­an perkahwina­n hujung bulan depan.

“Bagaimanap­un, tunang suspek mendapati wang diterimany­a mencurigak­an lalu memberitah­u keluargany­a. Keluarga tunang suspek menasihati­nya membuat laporan polis kerana wang dikeluarka­n dari mesin ATM itu disyaki palsu,” katanya

 ??  ??
 ?? FOTO: BERNAMA ?? ABDUL Syahmi Syafiq dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Sibu, semalam.
FOTO: BERNAMA ABDUL Syahmi Syafiq dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia