Harian Metro

TAKDIR SUMAYYAH...

 Budak tiga tahun berubah sikap sebelum meninggal dilanggar kereta rakan ibu

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

Walaupun anak tunggalnya, Annur Sumayyah Syabandi, 3, maut dilanggar rakan baik sendiri tetapi Nur Daliia Yusoff, 28, tidak menyimpan dendam dan memaafkann­ya kerana ia ketentuan Tuhan. Rakannya tertekan pedal minyak ketika mengundurk­an kereta selepas bermalam di rumah Nur Daliia dan terlanggar kanak-kanak itu, lapor Hadzlihady Hassan

FAKTA Wanita tertekan pedal minyak ketika mahu mengundurk­an kereta

“Mak (nenek) panggil...Sumayyah nak pergi,” itu antara kata-kata terakhir Annur Sumayyah Syabandi, kanak-kanak berusia tiga tahun yang maut selepas dilanggar kereta yang mengundur di Rumah Transit Uda, Tanjong Tokong di sini, kelmarin.

Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga Nur Daliia Yusoff, 28, ibu kepada Annur Sumayyah yang diungkapka­n anak tunggalnya itu sehari sebelum kejadian.

Menurutnya, pada mulanya dia menyangkak­an Sumayyah yang memanggil neneknya dengan panggilan mak mungkin terlalu rindu dengannya.

“Ibu saya meninggal dunia pada April tahun lalu kerana kanser usus dan sehari sebelum kemalangan tragis menimpa Sumayyah, dia ada memberitah­u kepada saya yang neneknya panggil dan dia mahu pergi.

“Saya ingat anak terlalu rindu dan mahu menziarahi kubur neneknya itu namun tidak sangka pula yang dia benar-benar pergi meninggalk­an kami selepas dirempuh kereta dipandu rakan, semalam” katanya yang ditemui, semalam.

Menurutnya, anaknya itu juga dilihat berubah kerana dia kelihatan terlalu manja dan kerap meminta didukung sejak kebelakang­an ini.

“Saya kini hamil tujuh bulan dan Sumayyah kerap mencium perut dan memeluk saya. Memang dia dilihat berkelakua­n manja sedikit berbanding sebelum ini, mungkin itu tanda yang dia mahu pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Menurutnya, dia sebelum ini tinggal di Kuching, Sarawak kerana mengikut suami yang bertugas sebagai anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pulang ke kampung halamannya di sini, sejak Januari lalu kerana mahu melahirkan anak kedua mereka.

“Ketika kejadian semalam (kelmarin) saya berada di dapur sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di luar dan terus bergegas keluar rumah melihat apa yang berlaku.

“Sebaik keluar, saya lihat anak sudah tercampak dalam keadaan berlumuran darah di tengah jalan dan saya terus memangkuny­a serta meminta jiran membawa kami ke hospital,” katanya.

Menurutnya, tidak sampai lima minit perjalanan ke hospital, anaknya itu menghembus­kan nafas terakhir di pangkuanny­a dengan keadaan darah yang keluar melalui telinga.

“Saya hanya mampu reda dan berserah kepada Tuhan kerana semua yang berlaku ini adalah ketentuan daripadany­a,” katanya.

Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari itu, Annur Sumayyah meninggal dunia selepas dirempuh kereta dipandu wanita yang juga rakan ibunya.

Difahamkan, wanita terbabit tertekan pedal minyak ketika mahu mengundurk­an keretanya hingga membuatkan dia merempuh mangsa yang ketika itu berada di pekarangan luar rumah mereka.

Sementara itu, datuk mangsa, Yusoff Chik, 54, berkata, ketika kejadian dia berada di luar rumah kerana menghisap rokok dan sempat berpesan kepada cucunya itu tidak keluar rumah.

“Sebelum itu, cucu sempat suapkan saya kuih ketika berada dalam rumah dan dia juga dilihat terlalu gembira sambil bermain.

“Saya sendiri tidak perasan cucu keluar rumah ketika itu dan hanya terdengar rempuhan kuat kereta yang dipandu rakan ibunya sebelum melihat cucu sudah terbaring di jalan,” katanya.

Jenazah Sumayyah selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Jalan Gajah, Tanjong Tokong jam 2 pagi, semalam.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN kenderaan yang merempuh tembok Rumah Transit Uda, Tanjong Tokong.
KEADAAN kenderaan yang merempuh tembok Rumah Transit Uda, Tanjong Tokong.
 ??  ?? ANNUR Sumayyah bersama ibu bapanya.
ANNUR Sumayyah bersama ibu bapanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia