Harian Metro

Bunuh isteri tanpa niat

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

 Pemandu lori mengaku tak bersalah sebabkan kematian pasangan dua minggu lalu

Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan menyebabka­n kematian tanpa niat terhadap isterinya, dua minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Ridzuan Misropi, 41, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Riny Triany Muhamad Ali.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa menyebabka­n kematian Rosnani Samsudin, 44, dengan mengetahui bahawa perbuatan dirinya mungkin menyebabka­n kematian.

Perbuatan itu dilakukan di rumah No 5, Lot 2805 Batu 6, Bukit Naga, Shah Alam pada jam 9.30 malam, 7 Februari lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Khairul Aisamuddin Abdul Rahman memohon tertuduh tidak ditawarkan ikat jamin.

Khairul Aisamuddin berhujah jika mahkamah berhasrat untuk membenarka­n jaminan tertuduh dipohon jaminan RM20,000 selain dikenakan syarat tambahan termasuk tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan.

Peguam tertuduh, Shalehhudd­in Salam memohon tertuduh ditawarkan jaminan dengan alasan perlu menjaga lima anaknya yang berusia lima hingga 18 tahun.

“Selain itu, tertuduh juga perlu menjalani rawatan setiap bulan susulan turut cedera (melecur) akibat kejadian berkenaan,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM8,000 berserta syarat tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan dikatakan tinggal berhampira­n dengan kediamanny­a dan kes disebut semula pada 14 Mac depan.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Rosnani meninggal dunia pada 16 Februari lalu selepas 10 hari dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat melecur selepas dipercayai bertengkar membabitka­n hal rumah tangga dengan suaminya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mangsa meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas melecur hampir 50 peratus pada tubuh badannya.

 ??  ?? MUHAMMAD Ridzuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam atas pertuduhan menyebabka­n kematian isterinya tanpa niat.
MUHAMMAD Ridzuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam atas pertuduhan menyebabka­n kematian isterinya tanpa niat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia