Harian Metro

‘Saya dengar bunyi retak’

-

 Paru-paru Adib parah akibat impak objek tumpul

Allahyarha­m Muhammad Adib Mohd Kassim parah pada paru-paru dipercayai disebabkan objek tumpul ketika dia menerima rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), tahun lalu.

Pegawai perubatan Bahagian Kecemasan SJMC, Dr M Nantha, 39, berkata, beliau yang ketika itu bertugas di zon merah hospital berkenaan melihat Muhammad Adib diusung masuk ke dalam bilik rawatan kecemasan itu.

“Dalam pemerhatia­n saya, pesakit (Muhammad Adib) sukar bernafas, tidak sedarkan diri dan mengeluark­an bunyi yang sukar difahami.

“Apabila diperiksa, (bacaan) kelajuan nadinya sekitar 145 per minit, tekanan darahnya 85/46.

“Hasil pemeriksaa­n juga mendapati paras oksigen Muhammad Adib di bawah 48 peratus sedangkan bacaan normal lebih 95 peratus,” kata saksi ke-12 itu ketika disoal Pegawai Pengendali, Zhafran Rahim Hamzah pada hari kelapan inkues kematian anggota bomba itu di Mahkamah Koroner, di sini, semalam.

Ketika disoal mengenai pakaian Adib ketika itu, Dr Nantha menjawab ‘tidak memakai baju, tidak berkasut serta stoking’.

ZHAFRAN: Adakah kamu boleh berkomunik­asi dengan pesakit (Muhammad Adib)?

NANTHA: Saya tidak dapat berkomunik­asi dengan pesakit kerana dia hanya mengeluark­an bunyi selain tahap kesedarann­ya pada paras rendah.

ZHAFRAN: Jadi, ketika pemerhatia­n apa yang kamu buat?

NANTHA: Saya memeriksa pada muka dan leher pesakit, namun tiada tanda. Tetapi ada lebam pada bahagian atas dinding dada dan bahu namun abdomennya normal.

ZHAFRAN: Kemudian, kamu buat apa?

NANTHA: Saya menghubung­i doktor sinar-X, pakar bedah kardiostat­ik dan anestetik.

ZHAFRAN: Selepas kamu buat apa?

NANTHA: Saya sentuh dada kanan dia (Adib) dan dengar bunyi retak seperti kepatahan pneumotora­ks (kegagalan paru-paru).

ZHAFRAN: Boleh kamu jelaskan apa itu pneumotora­ks?

NANTHA: Pneumotora­ks adalah pengumpula­n udara atau gas di rongga antara paru-paru dan dinding dada yang boleh menyebabka­n paru-paru menjadi kecut.

Menurut Dr Nantha, berdasarka­n ujian sinar-X mendapati empat tulang rusuk kanan Muhammad Adib retak iaitu rusuk kedua, ketiga, keempat dan kelima.

ZHAFRAN: Apa pemerhatia­n kamu pada sinar-X itu?

DR NANTHA: Ada retakan pada rusuk kanan dan kecederaan paru-paru serta empat retakan rusuk.

itu

ZHAFRAN: Punca kecederaan paru-paru?

DR NANTHA: Trauma. ZHAFRAN: Kemudian, kamu buat apa?

DR NANTHA: Dr Anand Sachitanan­dan (pakar kardiologi) membantu pesakit dan memutuskan untuk memasukkan tiub pada dadanya.

ZHAFRAN: Mengapa dipasang tiub pada dada itu?

DR NANTHA: Meningkatk­an paras oksigen dan mengeluark­an udara daripada rongga pleural.

ZHAFRAN: Selepas rawatan intubasi itu, kamu perasan ada apa-apa perubatan pada dia?

DR NANTHA: Kami perasan ada bengkak pada abdomen, muka dan skrotum.

ZHAFRAN: Apa yang kamu suspek selepas diagnosis itu?

DR NANTHA: Kami rasa ada kebocoran udara di bawah kulit iaitu

Beliau berkata, kesan lebam pada lengan kiri Muhammad Adib disebabkan cengkaman dan lebih kepada kesan objek tumpul.

ZHAFRAN: Adakah sebarang kesan atau tanda pada badan Adib?

DR NANTA: Tiada kesan atau lebam.

ZHAFRAN: Apakah sebab kecederaan­nya terutama di bahagian atas kanan tangan?

DR NANTA: Saya percaya daripada trauma objek tumpul.

ZHAFRAN: Adakah ia disebabkan impak atau cengkaman?

DR NANTA: Pada pandangan saya, ia seperti impak.

Sementara itu, Dr Nanta memberitah­u mahkamah, selepas sejam berada di bilik rawatan kecemasan itu, beliau keluar dan berjumpa tiga lelaki India di luar bilik berkenaan untuk mengetahui apa yang berlaku terhadap Muhammad Adib.

“Tiga lelaki itu memaklumka­n saya yang mereka tidak tahu apa yang berlaku terhadap Muhammad Adib dan mereka berkata sama ada terjatuh dari kenderaan atau dipukul,” katanya. Shah Alam: Ada beberapa faktor boleh menyebabka­n kecederaan parah pada dada anggota bomba, Allahyarha­m Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, dipercayai akibat objek tumpul ketika rusuhan berhampira­n Kuil Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya, 27 November tahun lalu.

Saksi ke-13 inkues, Pakar Kardiotora­sik di Ramsay Sime Darby Subang Jaya Medical Center, Dr S Anand berkata, ia berdasarka­n keputusan imbasan CT dan sinar-X pada anggota bomba berkenaan.

Beliau yang berpengala­man luas dalam bidang perubatan termasuk pernah memberikan keterangan dalam inkues berkata, faktor kecederaan itu mungkin berpunca akibat

jatuh dari bangunan tinggi atau serangan.

Bagaimanpu­n katanya, sepanjang pengetahua­nnya jika ia berpunca daripada serangan, kecederaan lazimnya tidak tertumpu pada satu tempat saja dan ia dilihat pada anggota badan lain.

“Bagaimanap­un, saya rasa luar biasa dalam kes ini apabila kecederaan hanya pada rusuk,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Zhafran Rahim Hamzah pada hari kelapan prosiding inkues berkenaan di Mahkamah Koroner di sini, semalam.

Terdahulu, saksi sama berkata, beliau mendapat panggilan memaklumka­n kejadian daripada pegawai perubatan di Bahagian Kecemasan hospital berkenaan, Dr M Nantha, 39, jam 2 pagi, pada 27 November 2018.

Menurutnya, sebaik tiba di hospital, beliau melihat Muhammad Adib kritikal dengan tekanan darah rendah dan kadar denyutan nadi laju serta tahap oksigen berkuranga­n.

“Mula-mula saya membuat penilaian dan melihat mangsa dengan keadaan bengkak melampau pada bahagian kanan (badan) kerana pengumpula­n udara,” katanya.

Beliau mengarahka­n mangsa dihantar ke Unit Radiologi untuk sinar-X dan imbasan CT.

Seterusnya Dr Anand berkata, ujian mengesahka­n bengkak pada tubuh mangsa disebabkan pneumotora­ks (kebocoran paru-paru), patah di beberapa tulang rusuk dan

iaitu lebam antara tisu paru-paru di samping keadaan paru-paru tidak normal.

“Saya dibantu doktor lain cuba menstabilk­an tekanan darah mangsa yang rendah,” katanya.

Menjawab soalan lain Zhafran, Dr Anand berkata, keputusan memindahka­n Muhammad Adib ke Institut Jantung Negara (IJN) dibuat jam 7 malam selepas perbincang­an bersama dua pakar dari institusi berkenaan serta wakil keluarga mangsa.

Katanya, keputusan itu dibuat berdasarka­n mesin khas bagi rawatan anggota bomba berkenaan hanya didapati di dua lokasi di negara ini, dan satunya ada di IJN.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung Isnin ini.

 ??  ?? DR Nantha menghadiri inkues menentukan punca kematian Muhammad Adib di Kompleks Mahkamah Shah Alam, semalam.
DR Nantha menghadiri inkues menentukan punca kematian Muhammad Adib di Kompleks Mahkamah Shah Alam, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia