Harian Metro

‘Suspek bercakap kalah ustaz, baik sangat..’

-

Kuantan: “Saya sepatutnya menjenguk Hafiz semalam (kelmarin) kerana sudah lama tidak bertemu dengannya, tetapi tidak menyangka saya hanya mampu menatap wajah kakunya sahaja,” kata Mohamad Zaliza Abdullah, 23.

Dia adalah bapa saudara kepada kanak-kanak lelaki, Muhammad Hafiz Abdullah, 5, yang meninggal dunia dipercayai didera oleh bapa tirinya di Kampung Batu Balik, Pekan, kelmarin.

Katanya dia berasa ralat dan menyesal kerana tidak sempat berbuat demikian berikutan terlalu banyak urusan yang perlu diselesaik­an.

Dia yang tinggal di FELDA Chini,

Pekan berkata,

Hafiz sememangny­a rapat dengannya memandangk­an mereka pernah tinggal bersama sebelum kakaknya berkahwin dengan suspek empat tahun lalu.

“Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya tidak sangka dia (abang ipar) sanggup buat Hafiz sebegitu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Jenazah Muhammad Hafiz dituntut bapa saudaranya pada jam 4.10 petang.

Mohamad Zaliza mengakui terkejut sebaik menerima berita itu dan mengakui suspek adalah seorang yang tidak banyak bercakap namun sangat baik dengan orang kampung, terutamany­a jiran mereka.

“Biasanya, kalau dia (suspek) bercakap boleh kalah ustaz, baik sangat dan saya tidak nampak yang dia boleh melakukan perbuatan seperti ini,” katanya yang bekerja sebagai kontraktor binaan.

 ??  ?? MOHAMAD Zaliza
MOHAMAD Zaliza

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia