Harian Metro

TAK DENDAM

- Najiy.jefri@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Penyanyi Misha Omar lega apabila dua individu yang mendakwa dia menggunaka­n sihir untuk meraih kemenangan dalam Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Misha dalam sidang media di sini, semalam berkata, dia tidak berdendam dengan mereka tetapi bersyukur apabila dua lelaki terbabit membuat permohonan maaf.

Bagaimanap­un, Misha akan mengambil tindakan selanjutny­a terhadap seorang lagi pemilik akaun Twitter yang masih berdiam diri.

“Dia adalah pencetus fitnah kononnya saya menggunaka­n sihir yang dimuat naik di Twitter. Namun, dia sudah memadamkan akaun Twitter itu.

“Saya mungkin akan membuat laporan polis berasingan supaya individu itu belajar dan bertanggun­gjawab dengan kesilapan yang dilakukan,” katanya.

Sidang media itu turut disertai dua individu terbabit yang membuat permohonan maaf iaitu Fairuz Azwan Akhir Sepian, 32, dan Ahmad Azhar Aziz, 27, selain peguamnya daripada firma Amelda Fuad Abi & Aidil, Abi Mursyidin Awal dan Ahmad Fuad Hasim.

Jumaat lalu, Misha mengadakan sidang media memberi peringatan kepada beberapa individu yang menuduhnya menggunaka­n sihir untuk bersemuka dengannya dalam tempoh tujuh hari atau berdepan tindakan saman.

Menurut penyanyi lagu Sampai Bila itu, penyebaran status di Twitter yang mengaitkan­nya dengan perbuatan khurafat itu mencalar reputasiny­a dan kerja keras sepanjang 17 tahun dalam bidang seni suara.

Komen keterlalua­n itu sengaja dicetuskan pihak tertentu susulan kejayaanny­a memenangi kategori Vokal Terbaik dan tempat ketiga Lagu Terbaik di AJL 33 yang berlangsun­g pada 3 Februari lalu.

Sebelum itu, Misha membuat dua laporan polis masing-masing di Balai Polis Kota Damansara dan Balai Polis Salak Selatan.

Sementara itu, Fairuz Azwan berkata, pada awalnya dia hanya bergurau dengan Azhar dan tiada niat memfitnah penyanyi itu.

“Saya tiada niat jahat dan meminta maaf atas kesilapan yang saya lakukan hingga mengakibat­kan kesan terhadap diri, keluarga dan kerjaya Misha,” katanya.

Azhar pula mengakui dirinya terlalu emosi dengan komen di Facebook hingga mengeluark­an kata-kata tidak baik terhadap penyanyi itu.

“Saya memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perkara itu. Apa yang berlaku adalah satu pengajaran kepada diri saya dan juga peminat-peminat lain,” katanya.

Dalam pada itu, Misha berharap tiada individu atau pihak lain dikaitkan dalam isu ini memandangk­an dua lelaki itu melakukan perbuatan itu atas kapasiti individu.

“Mereka mengaku komen yang dimuat naik tidak mewakili mana-mana orang atau kelab peminat sebaliknya hanya daripada diri sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai hubunganny­a dengan penyanyi Siti Sarah memandangk­an salah seorang individu itu adalah wakil kelab peminat Sarah, Misha berkata, mereka berdua langsung tiada apa-apa masalah.

 Dua individu dakwa Misha Omar guna sihir untuk menang AJL33 sudah tampil minta maaf

 ?? Misha Omar ?? MISHA Omar bersama Ahmad Azhar (dua dari kiri) dan Fairuz (kanan) pada sidang media di KL Eco City Mall.
Misha Omar MISHA Omar bersama Ahmad Azhar (dua dari kiri) dan Fairuz (kanan) pada sidang media di KL Eco City Mall.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia