Harian Metro

‘Diganggu’ sejak warung tular

-

demi seekor mati sedangkan sebelum ini semuanya sihat. Sehingga kini sudah tiga ekor mati,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Selain berdepan sakit misteri, Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzam­an juga bingung kerana orang seakan-akan tidak perasan warungnya dibuka membuatkan perniagaan­nya agak perlahan.

“Saya terpaksa masak dalam kadar sedikit kerana bimbang rugi. Doktor juga menasihatk­an saya jangan banyak bergerak,” katanya yang sudah lama berdepan masalah sakit saraf dan sakit belakang.

Menurutnya, seorang rakan yang bersimpati membawanya bertemu pengamal perubatan Islam wanita dan selepas melakukan rawatan, keluar pelbagai benda pelik daripada badannya.

“Dia urut badan saya dan amat terkejut apabila keluar rambut dan pasir daripada badan. Semalam (kelmarin) seorang ustaz datang ke rumah dan buat air bancuhan garam dengan lada hitam serta limau untuk saya mandi bagi menghilang­kan benda yang tak elok di badan.

“Dia tahu berkenaan kucing mati tanpa saya bercerita. Selain mandi, dia juga buat campuran garam dan lada hitam untuk ditaburkan di warung bagi menghindar­kan sebarang anasir tidak elok,” katanya.

Mengulas lanjut, Shima mengakui dirinya sudah beransur pulih, namun agak trauma untuk melalui perkara itu lagi.

“Saya rasa takut nak keluar cerita mengenai perniagaan ini di media. Bulan ini saya baru berniaga sehari kerana tak berdaya sangat. Cadangnya bulan depan barulah saya nak berniaga semula. Saya amat tak faham dengan perangai manusia yang suka berdengki.

“Kami suami isteri hanya berniaga nasi campur untuk cari rezeki dan tak pernah menganiaya sesiapa. Kami bukanlah orang kaya kerana kalau kaya takkan buka warung,” katanya yang mengaku hairan dengan dengki orang terhadapny­a sejak dulu hingga sekarang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia