Harian Metro

Habaq hang!

-

perasaan malu dalam kalangan penunjung serta ada yang tidak gemar dengan minuman percuma.

“Namun, perniagaan saya ketika itu juga cukup menguntung­kan kerana orang ramai datang kerana harga makanan dijual berpatutan.

“Ketika itu, saya menjual ayam goreng dengan harga RM1 setiap satu,” katanya.

Peniaga itu berkata, di kedai makannya juga dia menjual nasi campur dengan beraneka lauk dan ia jauh lebih murah daripada kedai biasa malah harganya 50 peratus jauh lebih murah.

“Sebagai contoh, ayam goreng yang dijual RM3 di kedai lain, kami menjualnya dengan harga RM1.50, ikan cencaru yang dijual RM5 di kedai lain hanya dijual RM3 di sini,” katanya.

Menurutnya, ramai yang berpendapa­t bahawa ada individu lain yang membantu memberi modal kepadanya kerana mampu menjual dengan harga yang murah dan tidak rugi, namun ia tidak benar sama sekali kerana semua dilakukan dengan niat untuk membantu orang ramai.

Ibrahim berkata, walaupun menjual nasi dengan harga 10 sen, dia masih untung walaupun ramai mempertika­ikan tindakanny­a itu dengan mendakwa ia boleh melingkupk­an perniagaan.

Menurutnya, dia percaya jika memberi kesenangan kepada orang ramai, tidak mustahil usaha itu akan menguntung­kan kelak.

Katanya, ramai peniaga hanya menjual makanan dan minuman dengan harga murah ketika perniagaan mereka sedang merudum dan ia tidak digalakkan kerana dilihat tidak ikhlas dalam berbuat demikian.

“Seharusnya, peniaga yang mahu bersedekah dalam berniaga seharusnya menjual dengan harga murah sebaik mereka mula berniaga.

“Dengan menjual makanan dan minuman dengan harga yang murah, sedikitseb­anyak saya sudah bersedekah,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga menyediaka­n tandas dan surau bagi kegunaan pelanggan dan sentiasa dipenuhi orang ramai ketika waktu makan tengah hari.

 ??  ?? IBRAHIM (tengah) bermesra dengan pelanggan yang hadir di kedai makannya.
IBRAHIM (tengah) bermesra dengan pelanggan yang hadir di kedai makannya.
 ??  ?? MOHD Abdul Hakim didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, semalam.
MOHD Abdul Hakim didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia