Harian Metro

Berpagi-pagi dengan kebaikan

-

anak-anak, pasangan, kesihatan, katil hangat yang kita ada dan alam semula jadi di luar jendela.

Ambil masa untuk bersyukur atas semua yang kita miliki dalam hidup kita. Bukan membuang tenaga kita untuk memikirkan apa yang kita tidak miliki atau membuat perbanding­an dengan apa dimiliki orang lain di luar kemampuan kita.

Bagi ayah mungkin punya pengalaman menenangka­n anak yang akan tidur dengan cerita sebelum tidur sebagai manifestas­i kasih sayang dan keprihatin­an buat zuriat tersayang melalui proses pembesaran.

Jadikan masa sebelum tidur dengan menghabisk­an lima hingga 10 minit untuk bermeditas­i atau membuat introspeks­i bermuhasab­ah diri bagi membolehka­n kita mewujudkan rasa kedamaian. Ia akan membantu kita memasuki ruang minda yang baik sebelum melelapkan mata.

Dapatkan dengan jelas mengenai niat kita untuk hari yang baharu. Sebagai contoh, kita boleh berhasrat mempunyai hari yang produktif dan kita boleh berhasrat mempunyai masa berkualiti dengan keluarga dan rakan kita tanpa gangguan.

Kita boleh berniat mempunyai hari menyeronok­kan dan cemerlang serta boleh berniat mempunyai hari yang tenang dan damai. Kita juga boleh berhasrat mempelajar­i sesuatu yang baharu atau membantu seseorang dan apa saja yang jelas mengenai apa yang kita mahukan hari ini.

Untuk mewujudkan, memanifest­asikan dan menariknya, kita mesti menyelaras­kan hati, minda dan semangat kita dengan niat kita. Dengan kata lain, kita benar-benar perlu merasakany­a bukan yang berbentuk impian atau angan-angan belaka.

Ramai orang tidak memahami kuasa pemikiran kerana mereka hidup setiap hari secara melakukan banyak perkara daripada kebiasaan dan oleh itu mereka membuat kenyataan mereka secara tidak sedar, seolah-olah mereka memakai penutup mata.

Tetapi, sama ada kita menyedarin­ya atau tidak, kita mewujudkan realiti kita dengan pemikiran dan tingkah laku kita. Ini bermakna kita mempunyai kuasa memilih untuk menjadi pencipta yang sedar, sedar dan mengubah realiti kita kepada apa yang kita inginkan.

Ingatlah, kita memilih pemikiran kita. Kita memilih kelakuan kita. Kita memilih hasilnya dan setiap pilihan yang kita buat menentukan bagaimana kita merasakan secara fizikal, mental dan emosi.

Sabar itu tidak bertepi dan syukur itu tanpa penghujung­annya. Tidak ada kebahagiaa­n yang datang terus menerus kerana kitaran hidup ini ada pasang surutnya dan sepahit manapun hidup ini kita perlu meneruskan perjalanan­nya.

“Kita boleh mengeluh kerana semak belukar mempunyai duri, atau bergembira kerana semak duri mempunyai mawar” kata ungkapan Abraham Lincoln menghadapi sebuah hari baharu.

Kita perlu mengambil hadiah dengan senyuman dan gunakan dengan bijak. Kita adalah satu-satunya yang boleh menjalani hari kita sepenuhnya, yang boleh membuatnya dikira dan sentiasa kekal positif dan mengharapk­an hanya perkara menarik yang akan berlaku kepada kita.

Pagi adalah waktu paling ajaib dalam sebuah hari. Seluruh dunia menyohorka­n diri, matahari terbit, setiap kuntum bunga mekar, taman penuh dengan orang berjoging, berjalan-jalan di pantai, pelajar pergi sekolah, orang pergi bekerja dan mengisi aktiviti harian.

Membuka jendela minda pada waktu pagi dengan doa setelah terbit matahari lalu disulami dengan sunat Dhuha adalah permulaan kepada sebuah hari yang bercahaya setelah berusaha mempersiap­kan diri untuk meladeni keperluan harian yang tuntas.

Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia