Harian Metro

Syurga seratus tingkat

-

“...seratus tingkat…” itu tidak memberi makna jumlah keseluruha­n syurga. Tingkat atau darjat yang dimaksudka­n dalam hadis itu membawa dua makna iaitu:

1. Jarak antara satu tingkat ke tingkat berikutnya sama dengan jarak perjalanan 100 tahun atau sama dengan jarak antara langit dan bumi.

2. Pengertian maknawi iaitu tingginya kedudukan seseorang pada pandangan Allah SWT.

Jarak antara satu tingkat

 Dikatakan setiap tingkat berjarak seratus tahun perjalanan

syurga dengan tingkat berikutnya sangat jauh. Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, Rasulullah

SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya penghuni tingkat-tingkat syurga tertinggi itu dilihat oleh penghuni tingkat syurga di bawahnya bagaikan bintang-bintang yang bertebaran di ufuk langit…” (Riwayat Ahmad)

Selain itu, kenikmatan yang diperoleh setiap penghuni satu tingkat dengan tingkat syurga lain adalah tidak sama.

Pada setiap tingkat syurga itu memiliki kenikmatan tertentu yang tidak terdapat pada tingkat di bawahnya.

Semakin tinggi seseorang di syurga, semakin banyak kenikmatan yang diperolehn­ya.

Terdapat hadis menyebut, serendah-rendah kedudukan penghuni syurga adalah mereka yang mempunyai isteri dua orang bidadari.

Abu Sa’id al-Khudri r.a meriwayatk­an, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya penghuni syurga yang paling rendah kedudukann­ya adalah seorang yang wajahnya dipalingka­n dari neraka ke arah syurga dan Allah SWT mengurniak­annya sepohon pokok yang sangat rendang daunnya.

Lalu ia berkata, “Allah memberiku sebatang pohon tempatku berlindung ini…(dan seterusnya).”

Disebutkan pada ayat berikutnya, “Lalu Allah mengingatk­annya, “Mintalah ini dan itu!” Ketika keinginann­ya habis, Allah SWT berkata: “Itu semua untukmu selain sepuluh kali ganda lagi seumpamany­a.”

Rasulullah SAW melanjutka­n sabdanya: “Lalu ia memasuki rumahnya (di syurga itu). Dan menyusul kemudian dua orang isterinya daripada bidadari syurga seraya berkata: “Segala puji bagi Allah yang menghidupk­anmu untuk kami dan yang menghidupk­an kami untukmu.”

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Maka orang itu berkata, “Tidak ada seorang pun yang menerima pemberian sepertiku ini.” (Riwayat

Muslim)

Penulis ialah pendakwah

 ??  ?? INDAHNYA ciptaan Yang Maha Esa untuk manusia di dunia.
INDAHNYA ciptaan Yang Maha Esa untuk manusia di dunia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia