Harian Metro

Kesusahan pencetus jiwa tabah

-

sentiasa dipenuhi ujian dan cabaran.

Bayangkan, ahli keluarga sendiri menjadi penentang terbesar terhadap usaha dakwah dijalankan Baginda. Tekanan fizikal dan mental yang dilalui Baginda sering bersilih ganti.

Apabila kita melihat orang berjaya dan terkenal, hati akan berbisik indahnya jika kehidupan kita sama seperti kehidupan mereka.

Seolah-olah kehidupan mereka tiada masalah dan semuanya indah belaka. Bagaimanap­un, itu pandangan yang silap kerana mereka juga sebenarnya menghadapi ujian jauh lebih besar daripada kita.

Sebab itu mereka berada di tempat mereka duduki sekarang. Banyak sisi kehidupan mereka yang tidak kita ketahui.

Diriwayatk­an daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhn­ya Rasulullah SAW bersabda di dalam hadis qudsi: Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hamba-Ku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya daripada kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapk­an pahala daripada-Ku (dengan bersabar).” (Hadis riwayat Imam Bukhari)

Penulis buku

dan kaunselor perkahwina­n, John Gray juga pernah bercerai.

Kesedihan akibat perceraian itu membuatkan dia meneliti dan mengkaji semula perhubunga­nnya yang gagal. Maka, lahirlah buku perhubunga­n legenda sepanjang zaman berkenaan.

Penulis pernah membaca satu fakta mengenai berlian. Ketika berlian dilombong, ia hanya batu yang kusam.

Orang yang tidak terbabit dan berpengala­man dalam bidang perlombong­an berlian tidak akan tahu itu adalah batu berlian.

Untuk menjadikan berlian itu bersinar dan berkilat, ia perlu melalui satu proses bersuhu tinggi. Begitu juga dengan kehidupan ini, apabila hidup tanpa cabaran, kita akan lemah dan lemau.

Sebaliknya, apabila diuji, jiwa kita menjadi semakin kuat terutamany­a apabila selesai menjalani ujian berkenaan.

Dikisahkan terdapat seorang tentera sangat garang dan hebat di medan perang. Apabila diteliti rahsia di sebalik kehidupann­ya, rupa-rupanya dia menghidap sejenis penyakit kronik yang boleh membawa maut.

Oleh sebab jasanya dan dia adalah aset negara, jeneral mengarahka­n tabib terbaik untuk merawat penyakitny­a itu.

Selepas beberapa ketika, tentera itu pun pulih. Malangnya, dia tidak lagi kelihatan berada di barisan hadapan.

Apabila berhadapan dengan ujian, ingatlah kehidupan ini adalah penggantia­n bagi kesusahan dan kesenangan dalam hidup.

Bukan kita saja yang diuji, bahkan setiap manusia yang bernyawa mempunyai masalah tersendiri. Mohonlah pertolonga­n daripada Allah SWT supaya kita diberikan kekuatan ketika menghadapi ujian.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan berapa ramainya nabi yang berperang bersamasam­a mereka sejumlah besar daripada pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu dan tidak menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” (Surah Ali Imran, ayat 146)

Penulis Perunding Psikologi Bahasa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia