Harian Metro

‘Datuk Gong’ kena curi

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

 Lelaki dakwa patung berhala di halaman rumah ghaib

Patung berhala Datuk Gong ditemui di Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah di sini, petang kelmarin, dipercayai dicuri dari rumah berhampira­n.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, ia susulan laporan daripada seorang lelaki berusia 50 tahun, jam 9.30 pagi semalam.

Menurutnya, lelaki itu mendakwa pemilik patung berhala terbabit dan tinggal di rumah sewa terletak 50 meter dari surau berkenaan.

“Katanya kali terakhir dia melihat patung itu jam 4 petang semalam (kelmarin).

“Ketika itu dia membersih dan memakaikan kalungan bunga hidup pada patung berhala berkenaan.

“Patung berhala itu diletakkan di luar rumah di hadapan pintu pagar utama dalam keadaan tidak berkunci,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Shamsul Amar berkata, akibat kehilangan patung itu, pemiliknya mendakwa kerugian RM300.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana dengan niat mengaibkan agama.

Namun apabila ke surau untuk buat persiapan solat Asar, patung berhala berkenaan ada di situ.

“Memang terkejut dan tidak tahu apa motif kejadian ini. Saya juga tak tahu siapa letakkan patung berhala berkenaan surau ini tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

“Setahu saya, kami tiada masalah dengan mana-mana pihak atau menerima sebarang aduan. Jika ada pun membabitka­n kes kecurian wang tabung yang berlaku lebih 10 kali,” katanya, kelmarin.

Beliau berkata, apa yang berlaku sangat sensitif berikutan ia mencemarka­n tempat ibadat umat Islam.

 ??  ?? PATUNG berhala Datuk Gong yang dicuri dari tokong kecil di sebuah rumah.
PATUNG berhala Datuk Gong yang dicuri dari tokong kecil di sebuah rumah.
 ??  ??
 ??  ?? AHLI jawatankua­sa serta kariah menunjukka­n patung berhala yang ditemui di pintu masuk Surau Sabilul Huda.
AHLI jawatankua­sa serta kariah menunjukka­n patung berhala yang ditemui di pintu masuk Surau Sabilul Huda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia