Harian Metro

Penganggur mengaku salah culik, cedera kanak-kanak ‘Saya tak bersalah’

- Nur Lela Zulkipli cnews@nstp.com.my

Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap dakwaan menculik dan mencederak­an seorang kanak-kanak di sebuah rumah di Padang Serai, awal bulan ini.

Tertuduh, Abd Rahim Osman, 35, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu sebaik pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Abd Rahim didakwa menculik Wan Nur Ainul Darwisyah Amri, 7, dengan mengurung mangsa secara salah dalam sebuah rumah di Taman Serai Wangi, Padang

Serai jam 6 petang pada 9 Februari lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat mahu mengurung dengan sulit dan salah.

Oleh itu, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan didenda.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabka­n kecederaan kepada mangsa dengan menggunaka­n sebilah pisau di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Dalam prosiding itu juga, Timbalan

Pendakwa Raya Mohd Alif Farhan Hassan memohon kepada mahkamah supaya tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh sudah melakukan kesalahan yang serius selain bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa dan keluargany­a.

Mahkamah membenarka­n permohonan Mohd Alif itu dengan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh dan menetapkan Rabu depan untuk hujahan fakta kes serta keputusan hukuman.

Penasihat UndangUnda­ng UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua pertuduhan membabitka­n diri dalam hasil aktiviti haram dengan memasukkan tiga cek milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM15 juta ke dalam firma guaman miliknya.

Mohd Hafarizam, 47, yang memakai kot dan berseluar hitam kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan terhadapny­a oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Ahmad.

“Tidak bersalah,” katanya ringkas ketika diminta pengakuan oleh mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Hafarizam didakwa terbabit secara langsung dalam dua transaksi hasil daripada wang haram dengan memasukkan wang berjumlah RM11.5 juta melalui dua keping cek milik Najib.

Cek itu didakwa dimasukkan ke dalam firma guaman miliknya, Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak (HWAM) di CIMB Bank Cawangan PWTC, Menara Dato Onn pada 16 April 2014.

Bagi pertuduhan kedua, di lokasi sama, Mohd Hafarizam

 Mohd Hafarizam tidak mengaku masukkan 3 cek bekas PM ke dalam firma guamannya

didakwa terbabit secara langsung dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram dengan memasukkan cek bernilai RM3.5 juta milik Najib ke firma guaman sama pada 12 Februari 2015.

Kedua-dua pertuduhan terhadap tertuduh dikemukaka­n mengikut Seksyen 4(1)(a), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda minimum lima kali ganda hasil aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Sementara itu. Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib menawarkan ikat jamin RM500,000 terhadap Mohd Hafarizam dengan syarat tambahan supaya beliau menyerahka­n pasport antarabang­sa kepada mahkamah hingga perbicaraa­n selesai.

Ahmad Akram berkata, terdapat seorang lagi tertuduh, Paul Geoffrey Stadlen yang mana kesnya sudah didaftarka­n dan waran tangkap dikeluarka­n terhadapny­a, kelmarin.

“Sekiranya beliau (Stadlen) berjaya dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan (membabitka­n transaksi sama), ada kemungkina­n kes ini akan dibicaraka­n bersama dengan kes tertuduh hari ini.

“Langkah untuk mengesan Paul (Stadlen) sudahpun dijalankan iaitu mengeluark­an waran tangkap dan menyerahka­nnya kepada Polis Antarabang­sa (Interpol),” katanya.

Peguam, Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili tertuduh tidak mengemukak­an bantahan tawaran jaminan daripada pendakwa raya.

Mahkamah menetapkan jaminan RM500,000 dan syarat tambahan kepada tertuduh supaya menyerahka­n pasport antrabangs­a kepada mahkamah hingga selesai perbicaraa­n.

Tarikh sebutan seterusnya ditetapkan 25 Mac ini.

 ??  ?? HAFARIZAM (tengah) keluar dari Mahkamah Sesyen
Kuala Lumpur, semalam.
HAFARIZAM (tengah) keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringg­i tertuduh keluar dari mahkamah.
ANGGOTA polis mengiringg­i tertuduh keluar dari mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia