Harian Metro

Muhammad Shafee dapat pasport sementara

-

Kuala Lumpur: Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibenarkan mendapat pasport beliau untuk sementara bagi membolehka­nnya mengendali­kan satu kes jenayah di Sydney, Australia.

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah membenarka­n permohonan Muhammad Shafee bagi mendapatka­n pasportnya dan memerintah­kan ia diserahkan semula pada 5 Mac depan.

Pasport milik Muhammad Shafee sebelum ini diserahkan kepada mahkamah selepas beliau didakwa atas dua tuduhan pengubahan wang haram dan dua tuduhan mengemukak­an penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Terdahulu, peguam, Rahmat Hazlan yang mewakili Muhammad Shafee memberitah­u mahkamah bahawa prosiding kes itu bermula 22 hingga 25 Februari ini.

Beliau turut memaklumka­n anak guamnya akan ke Jakarta, Indonesia pada 1 hingga 3 Mac depan

Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz tidak mengemukak­an sebarang bantahan terhadap permohonan peguam itu.

Pada 13 September lalu, Muhammad Shafee didakwa membabitka­n diri dengan pengubahan wang haram iaitu dengan menerima hasil daripada aktiviti haram, masing-masing berjumlah RM4.3 juta dan RM5.2 juta.

Wang itu didakwa diterima melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia