Harian Metro

Air mata iringi doa

- Ramli Ibrahim am@hmetro.com.my

 Pemuda sepatutnya kahwin koma selepas terbabit kemalangan jalan raya tiga tahun lalu

“Sudah buntu memikirkan nasib anak mak cik yang sehingga kini belum sedarkan diri selepas terbabit kemalangan jalan raya tiga tahun lalu.

“Dia juga sepatutnya berkahwin dengan wanita pilihannya pada Jun 2017 namun hasrat itu terpaksa dilupakan,” kata Rafeah Abdullah, 62, ibu kepada Azmirul Hakim Abd Aziz, 27, yang masih koma dirumahnya di Rancangan Tanah FELDA Aring 1.

Rafeah berkata, dia terpaksa menjaga anak kelima daripada tujuh beradik itu sepanjang masa selagi tidak sedar diri termasuk memberi susu melalui tiub dan mengelap badannya dengan kain basah.

Katanya, sebagai ibu kandung, dia sentiasa berdoa setiap waktu solat bagi memohon kepada Allah SWT supaya anaknya itu dapat sedar semula selepas sekian lama terlantar.

“Mak cik juga kerap menitis air mata ketika berdoa sambil mengenangk­an nasib anak mak cik ini yang belum pulih,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mengimbas kembali kemalangan menimpa anaknya, Rafeah berkata, ketika itu Azmirul Hakim yang bekerja sebagai pemandu lori, menunggang motosikal dalam perjalanan ke bank di Johor Bahru sebelum terbabas dan terbalik, lalu dilanggar sebuah kereta yang melalui kawasan itu.

“Kepala anaknya terhantuk pada kereta itu dan dia dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru selama sebulan sebelum dibawa pulang ke rumah dalam keadaan koma.

“Doktor membenarka­n dia dibawa pulang ke rumah dan dijaga sepenuhnya keluarga kerana meramalkan mengambil masa lama untuk sedar semula,” katanya yang turut memberitah­u selain Azmirul, anak sulung dan isterinya turut tinggal bersama, manakala anaknya lain tinggal berjauhan di luar negeri.

Rafeah berkata, suaminya yang hanya memperoleh pendapatan RM500 sebulan sebagai peneroka FELDA terpaksa berbelanja RM300 sebulan bagi membeli susu dan lamping pakai buang anaknya itu.

Katanya, ditambah pula dengan tekanan hidup berikutan harga sawit jatuh teruk amat terasa untuk semua perbelanja­an.

“Mak cik tidak boleh mengharapk­an anak yang lain kerana mereka masing-masing sudah mempunyai keluarga. Tak tahulah apa yang patut mak cik fikirkan lagi untuk mendapatka­n pendapatan lain, tetapi mak cik tidak sanggup meninggalk­an dia keseoranga­n untuk mencari pendapatan tambahan lain,” katanya. Seorang remaja perempuan dari Kampung Kurong Tengar, Kuala Perlis, terpaksa melupakan impiannya untuk bergelar sebagai jurutera selepas lumpuh separuh badan akibat menjadi mangsa langgar lari tahun lalu.

Selain lumpuh, tempurung kepala Siti Hanisa Busu, 19, juga terpaksa dibuang berikutan kejadian yang menimpanya pada Julai tahun lalu ketika pulang bekerja.

Disebabkan keadaan yang dialaminya itu, keluargany­a mengharapk­an doa dan ikhtiar daripada orang ramai untuk berkongsi perubatan alternatif bagi membantu memulihkan anak bongsu daripada enam beradik itu.

Menceritak­an detik hitam yang menimpa gadis itu, ibu Hanisa, Puteh Hassan, 65, berkata, ketika kejadian anaknya dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya pada jam 12 tengah malam sebelum dilanggar kereta.

“Kepalanya terhantuk kuat di atas jalan hingga menyebabka­n terdapat darah beku di kepala hingga terpaksa dibuang melalui pembedahan.

“Kesan daripada pembedahan itu, dia koma selama tiga bulan dan tingkah laku Hanisa menjadi seperti keanak-anakan selepas pulih dari kecelakaan itu,” kata ibu tunggal itu ketika ditemui di rumahnya.

Menurut Puteh, anak bongsunya itu sepatutnya berada di Sarawak bagi mengikuti pengajian dalam bidang kejurutera­an di sebuah universiti awam dan dia bekerja di bandar ini bagi menampung yuran pengajian universiti­nya.

“Namun selepas kejadian yang menimpanya itu, dia kini hanya duduk di rumah dan sayalah yang menguruska­n kehidupan seharianny­a.

“Saya tidak tahu nak meminta tetapi sebelum ini adalah juga terima bantuan belas ihsan daripada pihak berwajib dan orang ramai untuk Hanisa.

“Cukuplah sekadar saja bagi sempurna makan dan minum dia bersama seorang lagi abangnya yang berstatus orang kurang upaya (OKU) pembelajar­an,” katanya

Orang ramai ingin membantu meringanka­n beban keluarga ini boleh menghulurk­an sumbangan kepada Hanisa menerusi nombor akaun Bank Muamalat, 0901002176­3724 milik Puteh.

 ??  ?? AZMIRUL Hakim belum sedarkan diri selepas terbabit kemalangan jalan raya tiga tahun lalu
AZMIRUL Hakim belum sedarkan diri selepas terbabit kemalangan jalan raya tiga tahun lalu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia