Harian Metro

‘PENCULIK TELEFON 2 HARI LALU’

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

Wanita rayu suami dilarikan militan diselamatk­an

Sandakan

“Tolonglah selamatkan suami saya.” Hanya itu mampu diluahkan Nadin Junianti

Najiri, 25, isteri Jari Abdullah, 34, susulan video terbaharu menunjukka­n dua daripada mangsa culik iaitu Hariadin,

45, dan Heri Ardiansyah, 19, bersama sekumpulan militan Abu Sayyaf dengan parang diacukan ke leher Hariadin.

Nadin Junianti berkata, dia dihubungi pihak penculik dua hari lalu yang meminta terus berusaha mendapatka­n bantuan kerajaan Malaysia mengadakan rundingan dengan pihak penculik sebelum menghantar video berkenaan menerusi aplikasi

“Siapa yang tidak panik apabila melihat video itu. Saya hampir pengsan biarpun suami saya tiada dalam video. Bantulah kami kerajaan Malaysia.

“Hingga sekarang tiada pihak (daripada kerajaan) yang hubungi saya. Kami tidak tahu lagi mahu ke mana (untuk minta bantuan),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pada 6 Disember lalu, ketiga-tiga nelayan dilaporkan hilang daripada bot mereka ketika menangkap ikan di perairan Pegasus Reef Kinabatang­an.

Tiga nelayan terbabit kemudian disahkan diculik selepas seorang daripada isteri mangsa menerima panggilan daripada mangsa mendakwa dibawa ke sebuah tempat tidak diketahui di Filipina.

Baru-baru ini, Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, berdasarka­n maklumat, ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik dan usaha dilaksanak­an pasukan keselamata­n Filipina untuk mengesan dan menyelamat­kan mereka.

Nadin Junianti berkata, ini kali ketiga pihak penculik yang dipercayai menggunaka­n ‘orang tengah’ untuk berkomunik­asi dengan mereka menggunaka­n bahasa Melayu menghubung­inya.

Katanya, selain mengugut mengancam keselamata­n semua mangsa, penculik juga meminta mereka mencari inisiatif termasuk meminta bantuan wakil rakyat kerana sehingga kini tiada rundingan dilakukan dengan pihak penculik.

“Sudah lebih dua bulan sejak mereka diculik, kami cuma dapat tahu khabar mereka (semua mangsa) apabila dihubungi pihak penculik,” katanya.

 ??  ?? JARI
JARI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia