Harian Metro

5 rakyat kita sertai Anjang-Anjang

-

Kuala Lumpur: Lima rakyat Malaysia kini dilapor menganggot­ai Kumpulan Anjang-Anjang (AAG) yang berperanan sebagai penculik dan pengebom berani mati.

AAG diasaskan November tahun lalu dianggotai 100 ahli kini menjadi sayap utama Kumpulan Abu Sayyaf (ASG).

Sumber keselamata­n mendedahka­n, kumpulan ‘berani mati’ yang diketuai Hatib Hajan Sawadjaan,

30-an, berasal dari Filipina itu menjadikan Jolo sebagai pangkalan.

“Lima warga Malaysia bersama kumpulan itu. Mereka mempunyai kekuatan seramai 100 ahli, 60 daripadany­a warga tempatan (Filipina) dan 40 lagi warga antarabang­sa seperti Yaman, Maghribi, Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Perdana Global Peace Foundation, Dr Mohd Mizan Aslam berkata, kumpulan Anjang-Anjang bermaksud anak yatim.

“Semua ahli kumpulan itu anak yatim. Hatib kini diamanahka­n ketua ASG Furuji Indama mengetuai kumpulan berkenaan.

“AAG ditubuhkan semata-mata untuk kegiatan penculikan bagi mendapatka­n dana dan melakukan pengeboman,” katanya.

Ditanya mengenai keanggotaa­n lima rakyat Malaysia, Mizan berkata, ia disahkan pihak berkuasa tempatan namun identiti mereka belum didedahkan.

“Hanya anak yatim bekas pejuang ASG dan lain-lain negara dibenarkan menyertai kumpulan itu. Mereka memang dididik dari kecil untuk berjuang selain berdendam dengan kematian ahli keluarga. Mudah cakap mereka memang bersedia bertindak nekad termasuk menjadi pengebom berani mati,” katanya.

Untuk rekod, AAG dalang kepada pengeboman pasar raya di Cotabato

Disember tahun lalu yang mengorbank­an 34 orang. Pada 27 Januari lalu, mereka juga bertanggun­gjawab mengebom gereja di Jolo menyebabka­n kematian 27 orang.

Mizan berkata, AAG kini jelas terdesak mencari dana selepas ASG terbabit dalam peperangan di Marawi.

 ??  ?? ANAK Jari, Jenny menunjukka­n gambar perkahwina­n ibu bapanya.
ANAK Jari, Jenny menunjukka­n gambar perkahwina­n ibu bapanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia