Harian Metro

Tekanan video parang di leher

-

Sandakan: Pasukan keselamata­n bekerjasam­a dengan pihak berkuasa Filipina bagi mencari kaedah bagaimana memastikan tiga mangsa culik termasuk seorang warga Malaysia yang diancam untuk dipenggal kepala mereka oleh militan Abu Sayyaf, dapat dibebaskan dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri

Mohamad Fuzi Harun berkata, tindakan kumpulan penculik memuat naik video mengacukan parang ke leher mangsa culik ke laman Facebook adalah perang psikologi oleh pihak terbabit bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa.

“Ia perang psikologi kepada pihak keselamata­n dan juga keluarga mangsa untuk memberi tekanan agar permintaan mereka ditunaikan.

“Kita akan lihat kaedah bagaimana dapat membantu membebaska­n mangsa nanti dengan bekerjasam­a dengan pihak keselamata­n Filipina,” katanya selepas Majlis Penyerahan Buku Panduan Siasatan Jenayah

Agen Kimia, Biologikal, Radiologik­al, Nuklear dan Letupan kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sabah dan Sarawak di sini, semalam.

Semalam media melaporkan, militan Abu Sayyaf yang menjadikan nelayan Indonesia dan Malaysia sebagai tebusan mengancam untuk memenggal semua mangsa melainkan jika menerima wang tebusan.

Video yang muncul di Facebook pada 14 Februari lalu memaparkan seorang lelaki Indonesia dengan leher diacu pisau merayu Presiden negaranya dan pihak berkuasa berunding bagi membebaska­n mereka.

Video itu dimuat naik seorang pengguna dengan nama Kim Hundin pada jam 5 pagi (waktu tempatan), 14 Februari lalu dan dipercayai disunting terlebih dahulu.

Kedua-dua tebusan dengan muka bertutup yang kelihatan dalam rakaman berkenaan dipercayai sebagai rakyat Indonesia, Heri Ardiansyah, 19 dan Hariadin, 45. Mereka diculik bersama seorang lagi rakyat Malaysia, Jari Abdulla, 24, dari kapal pukat yang berlabuh di Sandakan, berhampira­n gugusan kepulauan Tawi Tawi milik Filipina, 5 Disember lalu.

Terdahulu, Mohamad Fuzi berkata, tahap ancaman serangan jenayah membabitka­n bahan kimia dalam negara ini sangat rendah dan terkawal, namun dijangka meningkat pada masa akan datang.

“Kita cuma ada dua tiga kes membabitka­n serangan kimia ini antaranya kes Kim Jong Nam

(warga Korea Utara). Selain itu, kes membabitka­n kilang di Selangor dan Negeri Sembilan serta beberapa kes lagi.

“Jadi dalam menghadapi­nya pada masa akan datang, kita menghasilk­an buku yang antaranya menerangka­n prosedur operasi standard (SOP) dalam menjalanka­n siasatan jika berlaku kes sedemikian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia