Harian Metro

RTM patuhi SOP ditetapkan

-

Liputan siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM) ketika sambutan Tahun Baharu Cina peringkat kebangsaan di Seremban, Negeri Sembilan pada Ahad lalu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata, SOP RTM menyatakan dengan jelas apabila Perdana Menteri menghadiri majlis rasmi, hanya ucapannya yang akan disiarkan secara langsung melalui RTM.

Justeru, katanya, RTM tidak boleh dipersalah­kan kerana tidak menyiarkan ucapan menteri dan Menteri Besar Negeri Sembilan pada majlis itu memandangk­an Perdana Menteri turut hadir dan berucap di majlis itu.

“Walaupun wujudnya SOP, masih ada ruang bagi penganjur untuk berbincang dengan RTM bagi membuat perubahan kepada perkara yang perlu disiarkan secara langsung pada sesuatu acara.

“Ia termasuk memberi liputan langsung bagi individu lain, lebih daripada apa yang tertera dalam SOP berdasarka­n nilai berita bagi acara terbabit.

“Malangnya dalam kes ini, tiada permintaan sebegitu dibuat,” katanya.

Katanya, mengikut SOP, RTM dilihat tepat dalam isu ini dan hanya menyiarkan ucapan Perdana Menteri secara langsung pada majlis itu.

Gobind berkata, beliau dimaklumka­n acara siaran langsung itu dilakukan dengan persetujua­n penganjur iaitu Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan.

 ??  ?? GOBIND Singh
GOBIND Singh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia