Harian Metro

Tangani pengganas

-

 Negara perlu buat persediaan, tingkat kecekapan risikan hadapi ancaman lebih mencabar, kompleks

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu meningkatk­an kecekapan risikan dalam menghadapi ancaman keganasan yang lebih kompleks dan mencabar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, semalam.

Beliau berkata, ancaman peperangan di Malaysia tidak seperti ancaman di negara lain yang kemungkina­n akan diserang negara jiran atau kuasa besar dan mereka perlu angkatan tentera yang besar untuk pertahanan negara, tetapi masalah kita adalah menangani pengganas.

“Masalah kita sekarang ialah masalah menangani pengganas dan mereka ini bukan kita dapat lihat beruniform dan boleh dikenali, kita tidak tahu siapa pengganas.

“Persediaan kita tertumpu kepada maklumat,

(perisikan), mesti lebih awal lagi kenal pasti kemungkina­n seseorang menjadi pengganas kerana ia sedang dilatih atau ada hubungan rapat dengan puak pengganas,” katanya ketika sesi dialog bersama warga ATM sempena lawatan pertamanya sebagai Perdana Menteri ke-7 di Kementeria­n Pertahanan di sini, semalam.

Menurutnya, kejayaan memerangi pengganas bukan bergantung kepada keupayaan kita berperang, tetapi lebih tertumpu kepada keupayaan kita menyelidik dan mendapat maklumat awal untuk membantera­s keganasan.

Dr Mahathir turut mengimbas cabaran dihadapi beliau ketika menjadi Menteri Pertahanan dari 1981 hingga 1986, antaranya ancaman perang gerila yang dilancarka­n Parti Komunis Malaya sehingga menggugat pembanguna­n negara dan kegiatan ekonomi.

Lawatan kerja ini adalah yang pertama bagi Dr Mahathir sejak kembali sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14, Mei lalu.

Turut hadir, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan kepimpinan tertinggi kementeria­n itu.

Beliau berkata, dalam era globalisas­i ini setiap perubahan yang berlaku di mana-mana lokasi di dunia ini secara tidak langsung akan memberi impak dan pengaruh terhadap kemakmuran dan kestabilan negara.

“Sebagai contoh, hubungan tegang antara Amerika Syarikat dan China memberi kesan terutama melibatkan pertumbuha­n ekonomi dunia termasuk di Asia Tenggara dan Malaysia. “Oleh itu, Kementeria­n Pertahanan bertanggun­gjawab untuk mengkaji kesan dan perkembang­an yang berlaku di dunia serta membantu kerajaan untuk mengambil keputusan diplomatik yang sesuai dan dalam masa sama menilai apakah kelengkapa­n yang sesuai diperlukan ATM,” katanya.

Menurutnya, Malaysia perlu terus kekal sebagai negara berkecuali yang tidak memihak kepada mana-mana kuasa dunia dan dalam masa sama bersahabat dengan negara besar dan kecil demi kepentinga­n bersama.

Beliau mengambil maklum Kementeria­n Pertahanan menyiapkan satu Kertas Putih Pertahanan yang menggarisk­an prinsip dan strategi pertahanan serta pelan pembanguna­n keupayaan terkini ATM serta cabaran semasa dihadapi kementeria­n itu.

“Ia meningkatk­an ketelusan dan kefahaman rakyat terhadap kepentinga­n pertahanan dan keselamata­n, sokongan mereka terhadap isu dan cabaran baharu keselamata­n serta mengajak mereka untuk turut sama menggalas tanggungja­wab mempertaha­nkan negara ini,” katanya.

Beliau menyaranka­n kementeria­n itu supaya mengambil tindakan sewajarnya terutama pengurusan kewangan supaya ia dapat dipertingk­atkan dan pegawai diberi latihan sewajarnya secara berterusan bagi memastikan Malaysia dikenali dengan tadbir urus yang cekap dan efisien.

- BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia