Harian Metro

Dua-dua macam elak bertembung

-

kampung,” kata seorang pemimpin kanan UMNO apabila ditanya kemampuan parti itu setakat ini.

Jentera PH dan BN serta calon mereka bekerja keras untuk memastikan kemenangan di Semenyih.

Cuma agak lucu apabila Muhammad Aiman dan Zakaria seolah-olah mengelak daripada bertembung sesama sendiri di mana-mana lokasi kempen walaupun berada di kawasan sama.

Menjadi kebiasaan pada mana-mana pilihan raya, calon bertembung dan beramah mesra semasa berkempen.

Namun hal itu tidak berlaku di Semenyih di mana Muhammad Aiman atau Zakaria seolah-olah akan melengah-lengahkan masa sekiranya mengetahui bahawa calon lawan berada pada tempat yang sama untuk berkempen.

Mereka sepatutnya lebih dan sepatutnya sekiranya bertembung, mereka dapat menyatakan tawaran masing-masing dengan lebih jelas manakala pengundi dapat membanding­kan wakil rakyat yang mahu mereka pilih.

Yang kerap bertembung ialah sesama jentera sahaja yang kadangkala menimbulka­n suasana tegang akibat provokasi.

Bagaimanap­un, semua calon sedang rancak berkempen dan sehingga kini tiada sebarang insiden serius yang tidak diingini berlaku.

Memandangk­an Semenyih tidak banyak kekurangan­nya dari aspek infrastruk­tur dan keperluan asas, semua calon lebih senang menawarkan diri dan mempromosi­kan diri untuk berkhidmat kepada rakyat seumpama ‘pekerja’.

Tiada laungan janji materialis­tik ditaburkan, sebaliknya mereka berjanji berbakti dengan tenaga dan kudrat yang ada.

Baguslah begitu, sesuai dengan kedudukan DUN Semenyih ini yang amat memerlukan wakil berjiwa rakyat untuk menaburkan khidmat mereka, lebih baik daripada yang hanya pandai melaungkan janji palsu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia