Harian Metro

Pakcik Kentang hulur ‘kad’ pertolonga­n

- Hairulazim Mahmud azim@hmetro.com.my

Hulu Langat: “Saya bukan along tapi kad ini boleh tolong,” kata calon bebas, Kuan Chee Heng atau Pakcik Kentang kepada orang ramai yang ditemui sambil menghulurk­an bahan kempen berupa sekeping kad mirip kad pinjaman ceti haram.

Pada kad itu, tertera nombor telefonnya 016-3388308 yang meminta rakyat menelefonn­ya sebagai calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih jika memerlukan bantuan.

Aktivis masyarakat itu berkata, dia memilih kad sebagai bahan kempen kerana hanya perlu meletakkan nombor telefon selain mudah dibawa dan disimpan mereka yang memerlukan.

“Saya tiada manifesto untuk dicetak pada bahan kempen kerana percaya bila orang dalam keadaan susah, mereka hanya perlukan nombor telefon untuk meminta bantuan dan kad saya itu mungkin ada di dalam dompet pada saat diperlukan.

“Lagipun hari ini, banyak manifesto tidak dapat ditunaikan dan saya yakin rakyat juga sudah muak mendengarn­ya,” katanya ketika ditemui media pada program tinjauan mesra di Klinik Kesihatan Beranang, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Kuan yang terkenal dengan pelbagai produk khidmat masyarakat seperti ambulans 10 sen, van jenazah 10 sen, kereta 10 sen dan rumah sewa RM1 berkata, kerajaan diharap dapat melihat masalah kesesakan di klinik kesihatan yang memerlukan perhatian segera.

“Saya harap mereka dapat turun padang, melihat sendiri keperluan mendesak untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Beranang ini.

“Kalau hendak tunggu sebuah hospital dibina, ia tentu mengambil masa dua atau tiga tahun untuk siap sedangkan warga emas dan pesakit makin ramai,” katanya.

Ditanya, bagaimana penerimaan rakyat terhadap kempennya yang baru bermula dua hari lalu, Kuan yang juga Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia berkata, waktu untuk bertemu rakyat bukan hanya ketika ‘musim berkempen’.

“Saya sudah lama berdamping dengan rakyat susah, jadi saya tidak perlu terikat pada waktu kempen ini sahaja. Waktu untuk berkempen sebenarnya adalah selepas pilihan raya dan bukan secara bermusim sahaja.

“Cuma ketika waktu berkempen ini, saya sedih kerana sebagai calon, banyak amanah penyumbang dan bantuan peribadi tidak dapat dihulurkan kepada rakyat susah kerana terikat dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya.

“Saya harap Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dapat memberi kelonggara­n kepada calon bertanding untuk membantu rakyat atas dasar kemanusiaa­n. Mungkin calon boleh isi borang tertentu yang ditetapkan SPR mengikut kes supaya bantuan itu tidak dianggap rasuah untuk memancing undi,” katanya.

ditanya mana-mana pemimpin parti hatta calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Semenyih selepas hampir seminggu berkempen, mereka belum dapat membayangk­an kedudukan masing-masing di mata pengundi.

Malah, Pakatan Harapan (PH) sekali pun masih kabur kedudukan calon mereka Muhammad Aiman Zainal sama ada diterima sepenuhnya sekali gus dapat mempertaha­nkan kerusi yang dimenangi bapa mentuanya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Apatah lagi pesaing terdekatny­a Zakaria Hanafi daripada Barisan Nasional (BN) belum berani menjanjika­n apa-apa ketika ditanya kedudukan terkini penerimaan pengundi terhadap parti yang pernah menguasai DUN Semenyih itu.

Yang menariknya kebimbanga­n itu kurang terkesan kepada calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Nik Aziz Afiq Abdul yang meneruskan kempennya tanpa tekanan.

Calon BEBAS, Kuan Chee Heng pula tidak kisah menang atau kalah kerana matlamatny­a mahu membantu golongan susah di DUN berkenaan hatta sekiranya kalah nanti - tetapi jangan pandang rendah keupayaan Pakcik Kentang ini kerana beliau mampu membuat kejutan pada PRK Semenyih.

Bagi PH, nombor dan data semasa PRU-14 belum boleh menjamin kedudukann­ya berikutan perkembang­an politik terkini negara.

Walaupun parti pemerintah itu kelihatan sedikit goyang, BN belum mempunyai keyakinan penuh merampas kembali kerusi itu.

“Tak boleh kata apa-apa lagi walaupun kita dikatakan kuat di kawasan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia