Harian Metro

Geng Auto Macai tumpas jua

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

 Ketua, tujuh ahli kumpulan penjenayah samun bersenjata ditahan di empat lokasi

Kumpulan penjenayah Geng Auto Macai yang aktif melakukan samun bersenjata sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini tumpas apabila diberkas Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Dalam serbuan berasingan di empat lokasi di Seri Kembangan, Kepong, Cheras dan Setapak pada 5 hingga 8 Februari lalu, lapan ahli kumpulan termasuk ketuanya berusia antara 32 tahun hingga 48 tahun berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, kumpulan itu yang bersenjata­kan parang terbabit dalam 21 kes jenayah di sekitar Selangor dan ibu negara.

Katanya, modus operandi kumpulan itu adalah dengan mencuri kenderaan jenis van serta pacuan empat roda yang kemudian digunakan bagi mengangkut barang hasil samun di kedai runcit, kedai perkakasan dan bengkel membaiki kenderaan.

“Kenderaan dicuri itu kemudian ditinggalk­an terbiar sebaik mereka berhasil melakukan samun.

“Semua barangan yang disamun seperti arak, peralatan serta alat ganti kenderaan kemudian dijual di kedai barangan lusuh serta kenalan rapat,” katanya dalam sidang media di IPD Gombak, semalam.

Samsor berkata, berdasarka­n rekod Geng Auto Macai itu terbabit melakukan lapan kes jenayah sekitar Gombak, Serdang (tiga kes), Petaling Jaya (dua kes), Wangsa Maju (dua kes) dan masing-masing satu kes di Sungai Buloh, Subang Jaya, Sentul serta Dang Wangi.

Katanya, enam daripada lapan ahli kumpulan itu didapati mempunyai rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah.

“Dalam serbuan di empat lokasi berkenaan, polis menemui semula tujuh van jenis Nissan Vanette serta dua pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan Ford Ranger yang dicuri kumpulan itu.

“Malah, polis turut merampas tiga kereta iaitu sebuah BMW milik ahli kumpulan berkenaan yang turut digunakan dalam kejadian samun, sebuah Nissan Almera dan Proton Iswara selain peralatan untuk memecah masuk serta barang samun,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan samun berkumpula­n bersenjata, Seksyen 457 KK kerana melakukan pecah rumah/kedai dan Seksyen 379A kerana mencuri kenderaan.

Katanya, semua suspek direman hingga hari ini dan polis akan memohon perintah reman lanjutan bagi membolehka­n siasatan pembabitan jenayah kumpulan itu dilengkapk­an.

 ??  ?? SAMSOR menunjukka­n peralatan yang digunakan Geng Auto Macai ketika melakukan samun sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sejak awal tahun ini.
SAMSOR menunjukka­n peralatan yang digunakan Geng Auto Macai ketika melakukan samun sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sejak awal tahun ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia