Harian Metro

Serah laporan siasatan dalaman ‘Pembedahan anak dipermudah­kan’

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@nstp.com.my

Kementeria­n Pertahanan semalam menyerahka­n laporan siasatan dalaman membabitka­n urus niaga tukar tanah dua kem tentera kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didapati ia merugikan kerajaan dan mengancam kepentinga­n strategik negara.

Laporan siasatan berkenaan diserahkan Pegawai Tugas-Tugas Khas Kepada Menteri Pertahanan, Mohd Nasaei Ismail itu membabitka­n projek pembinaan Kem Paloh (Johor) dan Kem Hutan Melintang (Perak).

Mohd Nasaei ketika ditemui berkata, pihaknya mendapati wujud campur tangan politik keterlalua­n, kecuaian urus tadbir dan beberapa kesilapan dalam pelaksanaa­n dua projek berkenaan.

Malah, pembinaan juga tidak termasuk dalam rancangan Kementeria­n Pertahanan dan Rancangan Malaysia Ke-11.

Beliau berkata, arahan pembinaan kem berkenaan juga dipercayai dilakukan atas faktor politik.

“Pada asalnya, kementeria­n merancang untuk membina Kem 1 Briged di Port Dickson sebagai salah satu gantian kepada tapak Kem Kinrara secara namun ia dibatalkan dan digantikan dengan pembinaan Kem Paloh dalam Parlimen Sembrong, Johor,” katanya.

“Alhamdulil­lah, segala urusan pembedahan anak dipermudah­kan dengan bantuan semua pihak terutama Hospital Sungai Buloh dan Lembaga Zakat Selangor yang akan menanggung kos perubatan Azalea,” kata Zalida Syuhana Ahmad Tamam, 43, ibu kepada Azalea Hani Abdul Rahim, 5.

Dalam kejadian 7 Februari lalu, Azalea melecur seluruh badan selepas tersimbah sambal popia basah di rumah ibu saudaranya di Bandar Tasik Puteri, Rawang jam 8 malam.

Zalida berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan kepadanya selepas kejadian menimpa anak bongsu daripada tiga beradik itu dilaporkan Harian Metro, semalam.

“Sejak laporan disiarkan Harian Metro, tidak putus-putus bantuan disalurkan ke akaun saya dan jumlah diperlukan bagi

 Zalida berterima kasih kepada semua pihak beri sumbangan selepas kejadian anak tersimbah sambal popia

pembedahan esok (hari ini) sudah mencukupi.

“Pada masa sama, saya amat berterima kasih kepada Hospital Sungai Buloh dan Lembaga Zakat Selangor atas bantuan diberikan.

“Saya juga berterima kasih kepada kakitangan Hospital Sungai Buloh yang memberikan kerjasama dan menjaga anak dengan baik sepanjang lebih dua minggu dirawat di hospital itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pangsapuri Sri Kayangan di Ukay Perdana, semalam.

Zalida Syuhana yang juga kakitangan swasta memaklumka­n, anaknya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu dan dilaporkan dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

“Saya mohon orang ramai mendoakan kesihatan anak saya supaya dia kembali sihat seperti biasa dan pembedahan esok (hari ini) berjalan lancar.

“Saya bersyukur kerana bantuan komuniti Pangsapuri Sri Kayangan dan ahli jawatankua­sa Masjid Ukay Perdana kerana tidak putus-putus memberi perhatian kepada kami sekeluarga,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia