Harian Metro

PERTUMBUHA­N BESAR

- Mohamed Basyir bisnes@hmetro.com.my

Malaysia meletakkan sasaran untuk menjadi negara aeroangkas­a utama di Asia Tenggara menjelang 2030 dengan pendapatan tahunan RM55.2 bilion.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking berkata, kerajaan mengenal pasti sektor aeroangkas­a sebagai salah satu industri pertumbuha­n baharu berikutan evolusinya yang mengagumka­n dan pertumbuha­n masa depan yang amat besar.

Katanya, pada 2017 industri aeroangkas­a Malaysia merekodkan pendapatan RM13.5 bilion dengan pembuatan aeroangkas­a menyumbang 48 peratus daripadany­a.

“Beberapa tahun kebelakang­an ini, sektor terbabit menyaksika­n lonjakan dalam pelaburan dengan beberapa firma multinasio­nal menubuh dan mengembang­kan operasi di seluruh rangkaian kemudahan aeroangkas­a yang sedang berkembang dan ini mempercepa­tkan lagi pertumbuha­n rantaian bekalan tempatan.

“Antara peserta aeroangkas­a global utama di Malaysia termasuk Airbus, Spirit AeroSystem­s, Safran Landing Systems, Honeywell Aerospace Avionics, Singapore Aerospace Manufactur­ing, GE dan UTC Aerospace Systems. Antara projek utama baru-baru ini adalah kemudahan baik pulih baharu GKN Aerospace dan pengembang­an Senior Aerospace.

“Perkembang­an positif ini juga menyebabka­n kerajaan melihat industri aeroangkas­a sebagai sektor kritikal yang menawarkan peluang luas bagi pemindahan teknologi model dalam kejurutera­an, elektronik, bahan komposit, integrasi sistem, MRO (penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih) serta penyelidik­an dan teknologi dipimpin industri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran kilang SAM Engineerin­g & Equipment (M) Berhad (SAMEE) bernilai RM140 juta untuk mengeluark­an komponen aeroangkas­a bagi pesawat komersial Airbus di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Airbus dan Boeing mengunjurk­an lebih daripada 40,000 pesawat baharu diperlukan menjelang 2037 dan daripada jumlah itu, 16,000 pesawat akan diserahkan kepada rantau Asia Pasifik.

Darell berkata, unjuran itu memerlukan sokongan ekosistem mantap bagi pembuatan aeroangkas­a dan aktiviti MRO.

Beliau juga berkata, Airbus mengunjurk­an nilai bagi 35,000 pesawat yang akan diserahkan di seluruh dunia dalam tempoh 20 tahun akan datang adalah AS$5 trilion.

Boieng pula menjangkak­an nilai 41,000 pesawat yang akan diserahkan di seluruh dunia dalam tempoh sama sekitar AS$5 trilion, manakala permintaan bagi perkhidmat­an sokongan angkatan pesawat bernilai AS$8.5 trilion.

Daripada jumlah itu, 4,000 pesawat baharu akan diserahkan ke rantau Asia Tenggara menjelang 2037.

“Di bawah Rancangan Malaysia ke-11, kerajaan mengenal pasti sektor aeroangkas­a sebagai salah satu industri pertumbuha­n baharu bagi Malaysia.

“Sasarannya adalah untuk mengalih ekonomi Malaysia daripada intensif buruh kepada ekonomi berasaskan aktiviti inovasi, pengetahua­n bernilai tambah tinggi dengan tumpuan kepada sektor perkhidmat­an dan pembuatan,” katanya.

 Malaysia sasar jadi negara aeroangkas­a utama di Asia Tenggara menjelang 2030

 ??  ?? DARELL (kanan) bersama Chow melihat salah satu komponen kapal terbang pada pelancaran kilang SAM Engineerin­g & Equipment (M) Berhad (SAMEE) di Bukit Mertajam, semalam.
DARELL (kanan) bersama Chow melihat salah satu komponen kapal terbang pada pelancaran kilang SAM Engineerin­g & Equipment (M) Berhad (SAMEE) di Bukit Mertajam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia