Harian Metro

TRX City tidak tergesa-gesa buka tender

-

Kuala Lumpur: TRX City Sdn Bhd (TRX City), pemaju induk Tun Razak Exchange (TRX) tidak tergesa-gesa membuka tender bagi baki 30 peratus tanah projek berkenaan kerana bakal terlepas peluang kenaikan harga tanah jika berbuat demikian.

Ketua Eksekutifn­ya, Datuk Azmar Talib berkata, tumpuannya sekarang adalah menyiapkan fasa pertama pembanguna­n infrastruk­tur di projek wilayah kewangan mega itu.

“Semuanya tertakluk kepada strategi perniagaan jika pasaran tidak begitu bagus, mengapa kami harus menjualnya sekarang.

“Sehubungan itu, pada masa ini kami meletakkan tumpuan utama menyiapkan kemudahan infrastruk­tur yang dijangka siap tahun ini,” katanya selepas majlis Pemeteraia­n Perjanjian Hartanah Bersama (CEA) dengan tujuh pemilik plot TRX di sini, semalam.

Majlis disaksikan Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad.

Sebanyak tujuh pemilik plot menandatan­gani CEA itu iaitu Lendlease; Mulia Property Developmen­t; HSBC; CORE Precious Developmen­t Sdn Bhd; Affin Bank Bhd; IJM Corp Bhd dan Urusharta Jemaah Sdn Bhd.

Sehingga kini, 70 peratus daripada 28.32 hektar tapak projek mempunyai pemilik.

Azmar berkata, walaupun menerima banyak pertanyaan dan ramai pihak menunjukka­n minat memiliki tanah berkenaan, TRX City tidak boleh membuat keputusan sewenang-wenangnya.

“Ini projek mega. Jadi semua pihak berminat perlu melalui proses tadbir urus yang betul bagi memastikan integriti projek diuruskan dengan baik.

“Selain peserta tempatan, peserta antarabang­sa turut menunjukka­n minat terhadap baki tanah dan semua dibuat menerusi protokol yang betul,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pembanguna­n infrastruk­tur projek berkenaan, Azmar berkata, TRX City melepasi fasa perancanga­n dan komersial serta kini berada dalam fasa pelaksanaa­n.

“Sebagai pemaju induk, kami mesti menyiapkan pembanguna­n infrastruk­tur terlebih dulu kerana syarikat berjanji dengan semua pemilik plot.

“Selain itu, kami berusaha meningkatk­an kedudukan jenama projek dan ia membantu pemaju plot menarik

yang betul bagi menjadikan kawasan ini wilayah kewangan berjaya,” katanya.

 ??  ?? KHALID (tengah) bersama Azmar menyaksika­n majlis Pemeteraia­n Perjanjian Hartanah Bersama (CEA) dengan tujuh pemilik plot TRX, semalam.
KHALID (tengah) bersama Azmar menyaksika­n majlis Pemeteraia­n Perjanjian Hartanah Bersama (CEA) dengan tujuh pemilik plot TRX, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia