Harian Metro

Tiada lagi penguranga­n

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

Kerajaan tidak akan mengumumka­n sebarang penguranga­n harga perkhidmat­an jalur lebar di Malaysia tahun ini kerana mencapai sasaran seperti ditetapkan tahun lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, pada permulaan, kerajaan mahu menggandak­an kelajuan perkhidmat­an jalur lebar pada harga rendah untuk dinikmati rakyat Malaysia.

Katanya, selepas kerajaan mengumumka­n hasrat berkenaan, pertemuan bersama

 Khidmat gandaan kelajuan jalur lebar capai sasaran

syarikat telekomuni­kasi tempatan diadakan bagi merealisas­ikan perkara itu dan hasilnya penguranga­n harga yang besar.

“Apa yang kita lihat, banyak syarikat telekomuni­kasi menurunkan harga lebih separuh bagi khidmat jalur lebar ditawarkan.

“Contohnya, Maxis Bhd kurangkan harga pakej hingga 57 peratus manakala Telekom Malaysia Bhd turut mengambil langkah penguranga­n selain memperkena­l beberapa produk mampu milik baharu.

“Untuk tahun ini kita tidak laksanakan penguranga­n harga perkhidmat­an jalur lebar di Malaysia kerana ia mencapai sasaran,” katanya selepas Program Jom Bersama Menteri di Menara TM di sini, semalam.

Program disertai Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor, Pengerusi TM, Rosli Man dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TM, Imri Mokhtar.

Lebih 1,000 warga TM hadir bagi menyambut ketibaan Gobind diikuti sesi interaksi yang disertai 20,000 kakitangan TM melalui slot sidang video dari seluruh negara termasuk di Jakarta.

Mengulas mengenai kehadiran pemain industri lain bagi membangunk­an sektor telekomuni­kasi, Gobind berkata, buat masa ini hanya Tenaga Nasional Bhd (TNB) satu-satunya syarikat tempatan bersedia dengan infrastruk­tur diperlukan.

Sime Darby Bhd mencatatka­n keuntungan bersih RM542 juta bagi enam bulan berakhir 31 Disember 2018, meningkat 69.4 peratus daripada RM320 juta dalam tempoh sama tahun kewangan sebelumnya.

Keputusan positif itu disokong prestasi mantap bahagian perindustr­ian kumpulan.

Pendapatan­bagi separuh pertama tahun kewangan 2019 berjumlah RM18.3

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia