Harian Metro

Pikat pelaburan RM375 juta

- Sri Ayu Kartika Amri cnews@nstp.com.my

 Bioeconomy Corp anjur BioUsahawa­n 2019 pada Mac

Perbadanan Pembanguna­n Bioekonomi Malaysia (Bioeconomy Corp) optimis sektor berasaskan bio dapat menarik pelaburan RM375 juta menerusi penganjura­n BioUsahawa­n 2019.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Dr Mohd Shuhaizam Mohd Zain berkata, sebagai agensi utama industri agro dan bio di Malaysia, pihaknya komited memacu sektor terbabit ke arah kualiti yang lebih berdaya saing.

“BioUsahawa­n 2019 yang akan diadakan pada 15 dan 16 Mac depan turut menampilka­n sesi padanan perniagaan dan setakat ini kami telah mengenal pasti lebih kurang 11 pelabur asing yang berminat untuk melabur dalam industri berasaskan bio tempatan.

“Pelabur asing berkenaan adalah dari negara Taiwan, India, Thailand dan Indonesia.

“Bagaimanap­un, kami percaya kita akan menerima lebih banyak lagi pelabur,” katanya kepada media selepas prataklima­t BioUsahawa­n 2019 di sini, semalam.

BioUsahawa­n 2019 adalah pameran yang julung kali diadakan dalam usaha menyediaka­n platform strategik bagi usahawan tempatan, syarikat permulaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat untuk berdagang serta mempromosi­kan produk dan perkhidmat­an mereka terutama dalam sektor agro dan bio.

Mohd Shuhaizam berkata, Bioeconomy Corp juga berusaha meningkatk­an jumlah pelaburan swasta dalam pertanian komersil, memperluas saiz pasaran dan mencipta tenaga kerja terutamany­a bagi usahawan muda dan industri tempatan berkembang maju.

Beliau berkata, mengenai peranan Bioeconomy Corp dalam memacu pertumbuha­n sektor pertanian dan asas tani pula, pihaknya komited menyumbang ke arah sasaran Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk meraih hasil jualan bernilai RM900 juta tahun ini.

“Kami akan menumpukan usaha ke arah menggalakk­an aplikasi teknologi untuk meningkatk­an produktivi­ti dalam aktivit pertanian, terutama bagi beras, akuakultur dan bahan mentah serta mengurangk­an pergantung­an dalam import input pertanian,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden dan Pengurus Projek BioUsahawa­n 2019, A’zlan Abdul Kadir berkata, pihaknya menjangkak­an lebih 10,000 pengunjung akan hadir ke BioUsahawa­n 2019 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

 ??  ?? DR Mohd Shuhaizam pada prataklima­t BioUsahawa­n 2019, semalam.
DR Mohd Shuhaizam pada prataklima­t BioUsahawa­n 2019, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia