Harian Metro

Tentera AS gempur kedudukan terakhir militan

-

Deir Al-Zor, Syria: Tentera diketuai Amerika Syarikat serta Pasukan Demokratik Syria (SDF) dijangka menggempur kedudukan terakhir militan Negara Islam (IS) atau Daish di sempadan Syria dengan Iraq selepas memindahka­n kumpulan terakhir orang awam, semalam.

SDF dengan sokongan tentera Amerika dan sekutunya yang mengepung kedudukan terakhir Daish itu sudah menyerahka­n lebih 150 anggota Daish dari Iraq dan negara lain kepada Iraq semalam, menjadikan jumlah terkini 502 orang.

Baghouz di sempadan Syria dengan Iraq adalah kubu terakhir Daish yang sebelum ini berjuang untuk menubuhkan kerajaan Khalifah di rantau itu, terutama di Syria dan Iraq namun ditewaskan pada 2017.

Tentera Amerika akan berundur dari Syria apabila berjaya menawan kubu terakhir Daish selepas lapan tahun memerangi kumpulan terbabit.

Pegawai media SDF, Mustafa Bali berkata, pihaknya akan menggempur Baghouz selepas semua orang awam dipindahka­n yang dijangka selesai semalam.

SDF menganggar­kan ratusan militan Daish masih berada di Baghouz, sebahagian besarnya rakyat asing, enggan meninggalk­an kubu terakhir sebaliknya berazam berjuang hingga mati.

Tentera asing diketuai Amerika menganggap militan yang tinggal adalah yang paling ‘kental’ dan ekstrem.

Lebih 2,000 orang awam meninggalk­an Baghouz selepas 20,000 orang meninggalk­an wilayah itu apabila SDF dan tentera asing diketuai Amerika memulakan kepungan bulan lalu.

Majoriti anggota Daish yang menyerah diri sebelum ini adalah dari Iraq dan mereka bersama keluarga diserahkan kepada kerajaan Iraq berdasarka­n perjanjian. - Agensi personalit­i media dalam senarai berkenaan, termasuk penyampai CNN Don Lemon dan Chris Cuomo serta penyampai MSNBC Chris Hayes dan Joe Scarboroug­h.

Menurut peguam daerah, Robert Hur, lelaki terbabit memuja pembunuh Norway, Anders Breivik yang pernah melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Breivik ialah pengganas berhaluan kanan yang didapati bersalah pada 2012 kerana membunuh 77 orang.

 ??  ?? ANGGOTA SDF memberi makanan kepada kanak-kanak yang dipindahka­n dari Baghouz, wilayah Deir Al-Zor province, Syria, kubu terakhir Daish. - Reuters
ANGGOTA SDF memberi makanan kepada kanak-kanak yang dipindahka­n dari Baghouz, wilayah Deir Al-Zor province, Syria, kubu terakhir Daish. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia