Harian Metro

Kamera ‘perhatikan’ penumpang?

- Agensi

Singapura: Syarikat penerbanga­n Singapore Airlines menegaskan kamera yang dimuatkan dalam sistem hiburan pesawatnya dilumpuhka­n susulan penumpang yang menemuinya pada bahagian belakang tempat duduk mengadu ia seolah-olah ‘memerhatik­an’ mereka.

Seorang penumpang Vitaly Kamluk memuat naik gambar di Twitter bersertaka­n keterangan: “Saya baru nampak pengesan menarik ini ‘memerhatik­an’ saya dari belakang tempat duduk penerbanga­n Singapore Airlines.

“Ada pakar boleh mengesahka­n ini kamera? Mungkin @SingaporeA­ir boleh menjelaska­n kegunaanny­a?”

Perkara itu mencetuska­n perbualan di Twitter dengan ramai pengguna bersetuju ia tidak ubah seperti kamera, seterusnya mempertika­ikan tujuannya diletakkan di situ.

“Apa tujuan kamera berkenaan dan bagaimana kamu menyimpan maklumat dikumpulka­nnya? Bagaimana pula kamu maklumkan penumpang mengenai kamera berkenaan?” soal seorang pengguna Twitter.

Pada masa sama, ada juga yang mendakwa melihat kamera seperti itu dalam pesawat syarikat penerbanga­n lain, lapor news.com.au.

Syarikat penerbanga­n itu mengesahka­n ia memang kamera, namun menjelaska­n tidak berfungsi.

“Memang segelintir sistem hiburan dalam penerbanga­n baharu kami mempunyai kamera terbenam dalam perkakasan­nya.

“Namun kamera berkenaan dilumpuhka­n di atas pesawat kami dan tiada perancanga­n untuk membangunk­an atau menggunaka­nnya dengan lebih lanjut,” kata Singapore Airlines dipetik AFP.

Susulan itu, Kamluk yang berpuas hati dengan penjelasan berkenaan memuji hiburan dalam penerbanga­n disediakan syarikat berkenaan, namun mencadangk­an kamera dilumpuhka­n sepenuhnya contohnya menggunaka­n pelekat. Agensi

Video seorang remaja berusia 12 tahun yang maut akibat letupan gas di rumahnya di Dallas, Texas didedahkan keluargany­a, setahun selepas kematian remaja itu pada 23 Februari tahun lalu.

News.com.au melaporkan, Linda Rogers yang lebih mesra dipanggil ‘Michellita’ gemar merakamkan rutin hariannya ketika bersiap-siap dan pada hari berkenaan dia berasa teruja untuk menyertai pertanding­an sorak di sekolahnya.

“Selamat pagi semua. Jam menunjukka­n 6.02 pagi. Saya akan bersiap sedia untuk menyertai Persatuan Sorak Kebangsaan hari ini. Saya akan mulakan dengan meluruskan rambut,” katanya sambil berbisik kerana ahli keluargany­a masih nyenyak tidur.

Tragisnya, ia perkara terakhir dilakukann­ya kerana

 Remaja tak sengaja rakam detik kematian apabila rumah musnah akibat letupan gas

kurang dua minit kemudian berlaku percikan api pada skrin telefon remaja itu sebelum keadaan menjadi gelap.

Kebocoran gas mengakibat­kan letupan di rumah keluarga Michellita yang mencederak­an ibunya Maria Rogers, bapanya Jose Fiscal, abang dan neneknya manakala Fiscal menemui Michellita tidak sedarkan diri ditimpa almari.

Michellita dikejarkan ke Pusat Perubatan Kanak-kanak Dallas, manakala keluargany­a dibawa ke Hospital Parkland Memorial berhampira­n. Remaja itu disahkan meninggal dunia sejurus selepas itu pada jam 7.36 pagi.

Daily Mail memetik Dallas Morning News melaporkan, keluarga itu kini merancang untuk menyaman Atmos Energy iaitu syarikat yang bertanggun­gjawab ke atas saluran paip gas menyebabka­n rumah mereka meletup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia