Harian Metro

Pukul sampai gigi tercabut

-

Denver: Seorang lelaki membunuh tunangnya dengan memukul kepala mangsa menggunaka­n kayu besbol sehingga giginya berkecai sebelum dia dan teman wanitanya membakar mayat wanita malang itu di ladang miliknya.

Patrick Frazee membunuh Kelsey Berreth, 29, di kediaman mangsa di Colorado Springs, selatan Denver pada Hari Kesyukuran, 22 November lalu.

Daily Mail melaporkan polis sehingga kini belum menemui mayat mangsa yang dibakar bersama kayu besbol sambil disaksikan kekasih Frazee, Krystal Lee Kenney, dua hari selepas kejadian.

Frazee yang menghadapi lapan tuduhan termasuk bunuh dan mengganggu bahan bukti, didakwa menutup mata Kelsey dengan baju sejuk kononnya kerana mahu mangsa meneka bau beberapa lilin yang dinyalakan dalam ruang tamu.

Sebaik Kelsey akur, Frazee menghayun kayu besbol pada kepala mangsa yang bekerja sebagai jurulatih penerbanga­n sehingga maut. Ketika kejadian, anak perempuan pasangan berkenaan yang berusia 14 bulan bermain di bilik bersebelah­an.

Krystal yang mendedahka­n perbuatan Frazee selepas dihampiri penyiasat berkata, Frazee menuduh mangsa penagih dadah dan mendera anak mereka, namun siasatan mendapati kanak-kanak itu tidak pernah didera sesiapa.

Pegawai siasatan memberitah­u mahkamah suspek menyorok mayat Kelsey di sebuah ladang sebelum mengarah Krystal untuk membersihk­an lantai dan mencari gigi mangsa yang tertanggal.

Krystal turut mendakwa suspek merancang membuang saki-baki mayat di tempat pembuangan sampah atau sungai.

Siasatan mendapati suspek merancang membunuh mangsa sejak September lalu termasuk bercadang meracun minuman tunangnya. Agensi

 ??  ?? KELSEY
FRAZEE menghadapi lapan tuduhan termasuk bunuh dan mengganggu bahan bukti. - Daily Mail
KELSEY FRAZEE menghadapi lapan tuduhan termasuk bunuh dan mengganggu bahan bukti. - Daily Mail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia