Harian Metro

TERUJA, SEBAK KALI KEDUA TATAP KAABAH

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Dikurniaka­n rezeki dua kali mengerjaka­n umrah, penyanyi Nabila Razali,

27, mendapat banyak pengalaman baru.

Pertama kali Nabila menjejakka­n kaki di Makkah ialah ketika dia berusia 12 tahun.

Berkongsi pengalaman­nya, penyanyi lagu Vroom Vroom ini ada kisah mencuit hati ketika berada di Makkah.

“Tentunya, selepas 15 tahun banyak perubahan yang berlaku di sana dan saya pun sudah dewasa,” katanya.

Menurut Nabila, ketika ke sana baru-baru ini, timbul rasa sebak ketika menatap Kaabah depan mata.

“Waktu pertama kali ke sana, memang rasa seronok tapi faham-fahamlah, saya pun masih kanak-kanak ketika itu.

“Apabila sekali lagi menjejakka­n kaki ke sana dan dapat menatap Kaabah, perasaanny­a bercampur baur antara gembira, teruja dan sebak,” katanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ternyata, begitu besar ujian diberikan Allah SWT buat penyanyi Seventeen dari Indonesia, Ifan (dua dari kiri).

Hari ini, genap dua bulan tragedi tsunami Selat Sunda yang melanda pantai Tanjung Lesung Beach Resort, Banten, Indonesia pada 22 Disember tahun lalu yang mengorbank­an isterinya, Dylan Sahara dan tiga anggota kumpulan itu, Bani (bass), Andi (dram) serta Herman Sikumbang (gitar).

Walaupun masa terus berlalu, hingga kini Ifan, 36, masih mencari kekuatan untuk bangkit semula daripada kedukaan yang memilukan itu.

Menelusuri Instagram penyanyi yang kini namanya menjadi perhatian pendengar muzik di negara ini menerusi lagu Kemarin, Ifan sentiasa mengingati arwah isteri dan rakannya yang terkorban.

Pada 13 Februari lalu, Ifan atau nama sebenarnya Riefan Fajarsyah tampil dengan single terbaru berjudul Demi Tuhan, Aku Ikhlas bekerjasam­a dengan Armada Band.

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia