Harian Metro

PENANGAN MUZIK INDIE KOREA

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Persembaha­n

mantap Hyukoh hibur 1,000 peminat

fanatik

Selepas berkunjung ke Malaysia buat pertama kali pada 2017, band indie dari Korea Selatan, Hyukoh pantas meninggalk­an impak dalam kalangan peminat di sini.

Malah, peminat band dianggotai Oh Hyuk selaku penyanyi, Lim Hyun-jae (gitar), Im Dong-gun (bass) dan Lee in-woo (dram) itu semakin bertambah.

Permintaan demi permintaan dibuat untuk mereka tampil membuat persembaha­n di Malaysia. Akhirnya mereka menunaikan permintaan peminat di sini apabila mengadakan konsert di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Lebih 1,000 penonton dalam kalangan peminat fanatik mereka menjadikan konsert berkenaan cukup intim dan penuh nostalgia.

Ia terbukti apabila semua penonton tahu setiap lagu yang dipersemba­hkan. Walaupun liriknya dalam bahasa Korea, mereka tetap nyanyikan bersama.

Tenaga itu diserap empat anggota Hyukoh dan disalurkan menerusi persembaha­n mantap.

Mereka teruja apabila sokongan penonton di sini begitu luar biasa untuk band indie dari luar seperti mereka.

“Ini sesuatu yang sangat indah. Terima kasih tidak terhingga atas sokongan anda,” kata Oh Hyuk.

Tiada apa yang lebih menarik mengenai band ini selain mereka sangat bersahaja dan rangkaian lagunya memiliki melodi unik.

Kepelbagai­an rentak daripada perlahan, rancak dan rock dalam karya mereka cukup menghiburk­an.

Selesa menggunaka­n sistem pencahayaa­n pentas yang agak malap membuatkan ‘mood’ penonton untuk menghayati setiap lagu lebih terasa.

Dari segi penyampaia­n, hampir keseluruha­nnya

 ??  ?? PENYANYI Hyukoh, Oh Hyuk memukau penonton dengan kuasa vokalnya.
PENYANYI Hyukoh, Oh Hyuk memukau penonton dengan kuasa vokalnya.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peminat Hyukoh yang teruja dengan kedatangan mereka ke sini.
SEBAHAGIAN peminat Hyukoh yang teruja dengan kedatangan mereka ke sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia