Harian Metro

Seronok jolok lubang haruan

- DARI MUKA 57

Cengkerik yang dibeli di pekan dijadikan umpan untuk mengail ikan yang sinonim di kawasan bendang itu. Seekor demi seekor dapat dinaikkan dengan mudah kerana Pak Su memberitah­u ketika ini air di bendang semakin surut.

Pada sebelah petang, tidak dilepaskan peluang untuk ‘pusing’ kampung menaiki basikal yang disediakan inap desa itu. Sepanjang melalui jalan kampung yang hanya boleh memuatkan sebuah kereta, kelihatan ramai penduduk setempat mengail di kawasan parit. Pelbagai kaedah mereka gunakan untuk menaikkan ikan liar yang hidup di kawasan bendang antaranya joran dan jaring.

Ketika berbasikal, penulis terserempa­k seorang pemuda di dalam parit yang sibuk mengeluark­an ikan haruan sebesar lengan dan dua lagi sudah dinaikkan di atas darat. Tidak menggunaka­n joran atau jaring tetapi ia dikenali sebagai jolok gelong.

Kaedah itu menggunaka­n kabel elektrik yang dipotong sekitar lima meter dan di hujungnya dibalut beg guni untuk menjolok lubang air yang menghubung­kan antara petak sawah dan parit.

Melihat keseronoka­n pemuda itu yang mesra disapa Nizam, penulis menawarkan diri untuk turut sama melakukan aktiviti itu walaupun perlu bermain lumpur dan berdepan dengan sang pacat.

Sebaik lubang air itu dijolok perlahan-lahan sehingga menghampir­i lubang yang diserkup jaring, dua ekor ikan haruan masuk ke dalam perangkap kami. Menggelupu­r haruan itu untuk melepaskan diri.

Sukar untuk diungkapka­n dengan kata-kata keseronoka­n ketika itu kerana dapat memerangka­p sang haruan liar yang cukup sukar dijinakkan. Malah, Nizam yang sudah menjadikan aktiviti itu rutin setiap petang turut memberitah­u, walaupun sudah dipegang, ikan itu mampu melompat ke dalam air semula kerana sifat agresifnya.

Petang itu dari satu lubang ke satu lubang air di bendang kami jejaki untuk menangkap haruan dan sebelum pulang kami mengira hasil tangkapan hari itu yang pelbagai saiz. Tersenyum apabila kiraan mencapai angka 12. Lumayan juga!

Di kawasan

Simpang Empat ada beberapa restoran

 ??  ?? PEMANDANGA­N inap desa dan bendang yang menarik.
PEMANDANGA­N inap desa dan bendang yang menarik.
 ??  ?? PENULIS memegang alatan jolok gelong dan ikan haruan yang
berjaya ditangkap.
PENULIS memegang alatan jolok gelong dan ikan haruan yang berjaya ditangkap.
 ??  ?? PERALATAN jolok gelong yang digunakan Nizam.
PERALATAN jolok gelong yang digunakan Nizam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia