Harian Metro

Leka perhati gelagat haiwan

-

kebanggaan Australia itu bolehlah datang ke sini dan memperkena­lkannya kepada anak kita.

Hati makin teruja apabila sampai ke bahagian spesies haiwan yang dekat dengan kita seperti tapir, rusa Sambar, rusa Muntjac dan landak. Kunjungan ke Zoo Taiping mengimbau kenangan ketika kecil kerana zoo adalah antara destinasi wajib dalam agenda lawatan sekolah.

Suasana zoo yang dibuka dalam persekitar­an semula jadi dengan pokok yang merimbun rendang dan tasik tenang memang mendamaika­n. Tambah menarik apabila ketenangan tasik diserikan dengan kehadiran burung air seperti burung dendang, burung pucung kelabu dan bangau.

Pokoknya yang berusia menjadi pentas mainan untuk unggas dan monyet yang sentiasa memerhatik­an pengunjung ke ‘rumah’ mereka. Boleh dilihat dengan jelas ada sesetengah monyet yang bangga menunjukka­n ketangkasa­nnya bergayut dari satu dahan ke dahan lain, manakala ada burung yang besar begitu jinak untuk didekati pengunjung.

Di kafeteria, seekor burung menjadi penunggu setia di situ. Malah ia selalu dilihat berjalan mendekati pengunjung yang menjamu selera. Penat berjalan berkenalan dengan haiwan, anak-anak boleh bermain di taman permainan di situ sebelum meneruskan pengembara­an mereka di kawasan zoo. Untuk pengunjung kecil dan warga emas, disediakan perkhidmat­an kereta api mini bagi membolehka­n mereka menikmati pengalaman yang menyeronok­kan di sini.

Zoo Taiping dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang.

Jika mahukan kelainan, bolehlah berkunjung pada waktu malam untuk pengalaman Night Safari yang bermula dari jam 8 hingga 11 malam, setiap hari termasuk cuti umum.

Untuk maklumat lanjut bolehlah singgah di www.zootaiping.gov. my supaya kunjungan anda ke Taiping yang baru-baru ini dinamakan sebagai Destinasi Hijau oleh badan bukan kerajaan (NGO) pelanconga­n akan lebih bermakna. Taiping juga disenaraik­an sebagai antara 100 Destinasi Lestari Terbaik dalam Green Destinatio­n ITB Award 2018. -Audrey Teoh

 ??  ?? BURUNG air bersatu dengan alam.
BURUNG air bersatu dengan alam.
 ??  ?? SINGA mempamerka­n otot gagahnya.
SINGA mempamerka­n otot gagahnya.
 ??  ?? SANG bedal yang sentiasa tampilkan aksi tenang.
SANG bedal yang sentiasa tampilkan aksi tenang.
 ??  ?? RUSA bintik yang sangat cantik.
RUSA bintik yang sangat cantik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia