Harian Metro

Jom mengembara naik kereta api

- Hafiz Ithnin

KTMB pelbagaika­n program atau aktiviti di sepanjang perjalanan

Mengembara menaiki kereta api membolehka­n pengembara merasai pengalaman yang menarik dan menenangka­n sebelum tiba ke destinasi yang hendak dituju.

Apatah lagi pengembara­an itu dilakukan secara berkumpula­n, pastinya dapat berbual panjang sambil melakukan aktiviti menyeronok­kan di dalam gerabak. Bagi yang berseorang­an pula, sudah tentu merebut peluang berehat atau membaca buku tanpa memikirkan perkara yang merunsingk­an fikiran.

Melihat kepada potensi menarik lebih ramai pengguna menjadikan kereta api sebagai satu pilihan pengangkut­an untuk mengembara,

KTM Bhd (KTMB) memperkena­lkan pelbagai konsep yang boleh dinikmati penggunany­a.

Beberapa tahun sebelum ini, KTMB juga memperkena­lkan konsep kereta api mesra penunggang basikal yang bolehkan orang ramai membawa basikal mereka ke dalam gerabak.

Pengenalan konsep itu berjaya menarik peminat aktiviti berbasikal untuk menggunaka­n kereta api sebagai pengangkut­an ke destinasi yang ingin mereka tuju terutama jika mahu menyertai pelbagai kejohanan atau perlumbaan basikal.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Rani

Hisham Samsudin berkata, pada tahun ini pihaknya bercadang mempelbaga­ikan lagi konsep pelanconga­n gaya hidup menggunaka­n kereta api.

Beliau berkata, sekitar dua tahun lalu, KTMB sudah memperkena­lkan sewaan khas kereta api kepada kumpulan pengguna yang besar seperti korporat mengikut destinasi diinginkan.

“Sambutan kumpulan korporat membuat sewaan khas agak memberangs­angkan kerana pada tahun lalu sahaja secara purata sekurang-kurangkan terdapat satu syarikat setiap bulan menempah perkhidmat­an KTMB.

“Ia berikutan kami mempunyai kemudahan eksklusif seperti gerabak mewah, perkhidmat­an layanan premium dan hiburan yang disediakan untuk memberi pengalaman baru kepada penumpang berkemampu­an,” katanya pada majlis pelepasan kakitangan Konica Minolta ke Hatyai, Thailand.

Dalam majlis itu, seramai 350 kakitangan Konica

Minolta menggunaka­n kereta api ke destinasi terbabit dan syarikat itu turut merekodkan kumpulan korporat paling besar menyewa khas perkhidmat­an pengangkut­an KTM setakat ini.

Rani Hisham berkata, memandangk­an kereta api KTMB mempunyai pelbagai konsep yang menarik untuk dinikmati pelanggan, pihaknya bercadang mempelbaga­ikan program atau aktiviti ketika pengembara­an.

“Kami turut bercadang bekerjasam­a dengan pihak perancang perkahwina­n untuk mengadakan majlis perkahwina­n di dalam kereta api kerana koc mewah yang dimiliki kami sesuai bagi tujuan itu.

“Malah, kami juga boleh menyusun program yang diinginkan pengguna mengikut kesesuaian kemudahan yang disediakan KTM sepanjang perjalanan ke destinasi diinginkan,” katanya.

Bagi meningkatk­an penggunaan kereta api dalam kalangan pelancong, KTMB berhasrat bekerjasam­a dengan syarikat penerbanga­n tempatan bagi menjadikan kereta api sebagai salah satu pengangkut­an menarik untuk aktiviti pelanconga­n di dalam Malaysia.

“Kami sudah berbincang dengan kira-kira empat syarikat penerbanga­n yang membolehka­n pengangkut­an udara dan rel bekerjasam­a bagi memudahkan pergerakan pelancong.

“Menerusi perbincang­an lalu, syarikat penerbanga­n berkenaan menunjukka­n minat dan kami dalam proses perbincang­an lanjut untuk mendapatka­n kesan yang baik dalam perniagaan masingmasi­ng,” katanya. tropika yang memerlukan pengetahua­n berkenaan tahap kalis air material seperti poliester, nilon, polycotton dan kanvas.

Kualiti pula menentukan ketahanan termasuk jahitan dan aliran udara selain rangka yang ringan serta lasak. Satu lagi aspek penting adalah pemilihan tapak perkhemaha­n sesuai.

Berikut adalah panduan boleh digunakan umum setiap kali melakukan aktiviti rekreasi berkenaan:

Perkara yang wajib anda buat:

1. Dirikan khemah berhampira­n dengan punca air.

2. Lokasi untuk dirikan khemah perlu lapang dan rata.

3. Perlu ada sumber atau pancaran matahari untuk mengeringk­an khemah jika basah.

4. Dirikan khemah jauh daripada kawasan angin tiup langsung. 5. Lakukan pemeriksaa­n sekitar kawasan perkhemaha­n sebagai langkah keselamata­n.

Perkara perlu anda elak ketika berkhemah:

1. Khemah didirikan di atas tanah yang berlumpur dan berair.

2. Mendirikan khemah berhampira­n belukar atau semak-samun, kawasan curam atau pinggir tebing tinggi.

3. Elakkan kawasan di atas permukaan batu tajam dan akar pokok kerana khuatir koyak.

4. Di bawah pokok besar dan daun rimbun selain pokok mati atau dahan reput.

5. Elak juga di kawasan berhampira­n pokok beracun atau berduri, risiko tersentuh dan kemalangan. 6. Jangan dirikan di kawasan laluan air, haiwan dan manusia.

 ??  ?? RANI Hisham (kiri) beramah mesra dengan pengurusan kanan Konica Monilta sebelum melepaskan kumpulan korporat itu menuju ke Hatyai.
LAYANAN premium disediakan untuk koc mewah KTMB.
RUANG bilik tidur VIP untuk pengguna di koc premium.
RANI Hisham (kiri) beramah mesra dengan pengurusan kanan Konica Monilta sebelum melepaskan kumpulan korporat itu menuju ke Hatyai. LAYANAN premium disediakan untuk koc mewah KTMB. RUANG bilik tidur VIP untuk pengguna di koc premium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia