Harian Metro

Berperang keinginan diri

- DARI MUKA 63

Siti Balqis cekal hadapi rintangan demi dapatkan badan ideal

Siti Balqis berkata, 2016 menjadi detik permulaan apabila dia cuba mengubah semuanya dan keluar daripada zon selesa.

“Pada berat lebih 80kg, macam-macam kesukaran yang saya lalui. Hendak beli baju pun susah sebab tidak banyak baju bersaiz besar. Kalau hendak ke mana-mana saya fikir banyak kali kerana tahu setakat mana kemampuan diri. Saya cepat penat, selalu lesu dan mengantuk. Namun yang paling penting ialah ketika itu saya tidak selesa dengan diri sendiri. Saya kurang keyakinan kerana berasakan saya tidak cantik.

“Lama saya memikirkan keadaan diri. Berulang kali saya beritahu diri sendiri, saya perlu berubah. Satu-satunya jalan untuk berubah ialah keluar daripada zon selesa dan mulakan gaya hidup baru. Saya tidak berani mencuba produk melangsing­kan badan, saya bimbang kesan sampingann­ya.

“Saya mahukan langkah yang selamat dan berdasarka­n pembacaan, saya dapati ia mestilah dimulakan dengan amalan pemakanan sihat. Saya kuatkan tekad dan memulakan perjalanan yang sukar ini. Saya mula mengamalka­n pemakanan sihat terutama dengan mengurangk­an pengambila­n gula, garam dan minyak dalam masakan,” ujarnya.

Untuk tujuan itu, Siti Balqis mengakui dia perlu menyediaka­n makanannya sendiri setiap hari bagi mengawal kandungan bahan yang perlu dielakkan. Dugaannya cukup hebat kerana perlu berperang dengan keinginan diri menikmati sajian enak sepuas hatinya.

“Siapa kata senang? Semuanya perlukan tekad yang kuat supaya tidak terhenti separuh jalan. Mungkin lain orang lain cara berdiet namun saya tidak berlapar. Saya tetap makan cuma makanan diambil adalah jenis yang sihat saja.

“Selain makanan, tentu saja senaman memainkan peranan. Saya bersenam sekurang-kurangnya empat atau lima kali seminggu. Pada permulaan memang susah, namun saya teruskan juga. Saya bersenam ikut kemampuan dan sedikit demi sedikit memperbaik­i teknik serta mempelbaga­ikan jenis senaman,” katanya.

Katanya, sama seperti individu lain yang dalam usaha menurunkan berat badan, dia tidak terkecuali daripada dilanda ujian.

“Saya bekerja sebagai eksekutif perakaunan dan kekangan masa menjadi masalah utama. Kesibukan harian menguruska­n kerjaya membuatkan saya perlu berdisipli­n membahagik­an masa terutama untuk bersenam.

“Jika diikutkan sangat penat selepas habis bekerja namun saya kuatkan diri untuk tetap bersenam selain perlu menyediaka­n makanan sendiri setiap hari,” ujarnya.

Menurutnya, selain itu, dia juga turut menjadi mangsa menerima pandangan negatif daripada masyarakat sekeliling yang langsung tidak menyokongn­ya untuk berubah.

“Apabila sedang berusaha untuk kurus, ada saja yang menyindir. Saya hanya pekakkan telinga dan teruskan usaha tanpa menoleh ke belakang.

“Syukur, akhirnya dengan segala pengorbana­n dan usaha, saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kg,” katanya.

BANTU INDIVIDU INGIN KURUS

Menurut Siti Balqis, selepas berjaya menurunkan berat badannya, dia terpilih untuk menjadi salah seorang jurulatih kecergasan di bawah program Jom Kurus 1 Malaysia di kawasan Titiwangsa, Kuala Lumpur.

“Saya ditugaskan untuk membimbing dan mengajar peserta mengubah gaya hidup yang lebih sihat dengan melakukan senaman yang betul.

“Semua senaman yang diajar adalah untuk menurunkan berat badan selain saya cuba mengajar diet yang betul yang mana peserta tidaklah perlu berlapar atau menelan produk kurus,” katanya.

Menurutnya, dia juga berperanan untuk memastikan setiap peserta tidak mudah berputus asa sehinggala­h dapat memiliki berat badan ideal.

“Saya sangat gembira dengan apa yang dilakukan sekarang. Siapa sangka saya kini mampu membantu orang lain yang mempunyai masalah yang pernah saya alami satu ketika dulu.

“Saya sangat berharap dapat membantu lebih ramai individu untuk mengamalka­n gaya hidup sihat dan aktif kerana saya sendiri tahu apa kesannya sekiranya mengabaika­n perkara itu,” ujarnya.

Tambahnya, dia juga menyimpan impian untuk bergelar ikon wanita bekerjaya yang kekal aktif dan sihat.

“Penting untuk setiap wanita kekal bertenaga kerana daya tarikan seseorang wanita itu bukan semata-mata pada luaran tetapi turut bergantung kepada stamina wanita itu sendiri.

“Cantik itu pakej, sihat itu keutamaan. Saya pilih kedua-duanya bagi meningkatk­an tahap keyakinan diri sendiri berdepan khalayak,” katanya.

 ??  ?? PERNAH melalui detik gelap apabila mengalami masalah berat badan.
PERNAH melalui detik gelap apabila mengalami masalah berat badan.
 ??  ?? ANTARA rutin hariannya.
ANTARA rutin hariannya.
 ??  ?? Apabila sedang berusaha untuk kurus, ada saja yang menyindir. Saya hanya pekakkan telinga dan teruskan usaha tanpa menoleh ke belakang
Apabila sedang berusaha untuk kurus, ada saja yang menyindir. Saya hanya pekakkan telinga dan teruskan usaha tanpa menoleh ke belakang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia