Harian Metro

Selesa beribadat di mana saja

-

Diusahakan Nur Zahirah Zulhaimi, idea tercetus apabila dia bercuti di negara jiran, Indonesia dan menemui sejenis telekung yang lembut dan lain daripada lain.

“Ia menjadi detik permulaan saya menemui idea untuk menghasilk­an sepasang telekung yang selesa digunakan ketika beribadat.

“Syukur, permulaan pada 2014 menerima sambutan menggalakk­an dan pelbagai koleksi telekung sudah terhasil antaranya ‘Pockitfleu­racey, Elzahraa dan Safiy-

Setiap koleksi telekung dihasilkan guna fabrik kapas gred A

yadfleur,” katanya.

Menurutnya, setiap koleksi telekung dihasilkan menggunaka­n fabrik kapas gred A jenis lembut, sejuk dan selesa.

Menurut Nur Zahirah, setiap telekung didatangka­n lengkap dengan beg kembara telekung bagi memudahkan ia dibawa ke mana-mana tanpa perlu mencari beg lain.

“Bagi mencipta kelainan, koleksi telekung yang dihasilkan bukan saja menggunaka­n fabrik kosong namun turut mempunyai pilihan jenis bercorak.

“Soal warna juga pelbagai kerana saya yakin setiap individu mempunyai minat serta cita rasa berbeza apabila menyentuh mengenai rona pilihan,” ujarnya.

Katanya, saiz juga tidak menjadi masalah kerana semua koleksi telekung jenamanya didatangka­n dalam satu saiz yang boleh digunakan semua jenis bentuk badan atau ketinggian.

“Setiap koleksi dijual pada harga bermula RM89 hingga RM169 bergantung kepada rekaan.

“Untuk koleksi terbaru untuk 2019, kami menghasilk­an koleksi telekung ‘kembar bersama anak perempuan’ bagi memberi pilihan kepada golongan ibu yang mahukan telekung sedondon bersama anak tersayang,” katanya.-Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? TAMPILKAN kelainan dengan koleksi telekung bercorak bunga.
TAMPILKAN kelainan dengan koleksi telekung bercorak bunga.
 ??  ?? SELESA digunakan untuk beribadat.
SELESA digunakan untuk beribadat.
 ??  ?? MUDAH digunakan di mana-mana saja.
MUDAH digunakan di mana-mana saja.
 ??  ?? DIHASILKAN daripada fabrik berkualiti
tinggi.
DIHASILKAN daripada fabrik berkualiti tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia