Harian Metro

Beban sama dikongsi

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Suami perlu bantu urus rumah tangga lebih-lebih lagi apabila isteri juga bekerja

Lumrah perkahwina­n tidaklah seindah drama yang ditayangka­n di televisyen, bukan juga satu mimpi ngeri. Ia sama seperti ombak di laut yang ada pasang surutnya, kadang kala berbaik namun ada ketikanya bertengkar.

Meniti hari demi hari sebagai seorang isteri menuntut kesabaran yang tinggi, bukan hanya dalam melayani kemahuan dan keperluan si suami malah ia juga membabitka­n soal tanggungja­wab kepada keluarga khususnya anak.

Begitu besarnya peranan wanita dalam keluarga yang menuntut kesabaran dan keikhlasan tidak berbelah bagi supaya hubungan terjalin terus utuh dan harmoni.

Umum mengetahui seorang isteri diuji ketika suaminya dalam keadaan susah apatah lagi sekiranya mempunyai jumlah anak yang ramai selain pelbagai komitmen bulanan yang perlu dilunaskan.

Atas faktor itu, semakin ramai golongan hawa kini dilihat ligat bekerja termasuk menjalanka­n apa juga perniagaan dalam talian bagi tujuan membantu kewangan sang suami.

Semua kepenatan ditolak ketepi, ada yang keluar bekerja seawal subuh dan pulang ke rumah pada waktu malam, ada pula yang tidak jemu mengiklank­an perniagaan di laman sosial peribadi bagi memastikan kerjaya sampingan ini berjalan lancar.

Belum lagi menyentuh soal anak, mana tidaknya si isteri yang belum sempat berehat terpaksa meneruskan tanggungja­wab di rumah. Memasak, mengemas rumah sebelum mengajar anakanak. Betapa hebatnya insan bergelar wanita!

Dalam meniti rutin kehidupan padat dalam membantu si suami, ada di antara wanita yang akhirnya tewas, tewas dengan perasaan sendiri, tewas dengan kepenatan yang perlu ditanggung dan tewas dengan ujian kehidupan yang tidak selalunya indah.

Bermula daripada itu, golongan terbabit mula memberonta­k, ada yang secara tiba-tiba berubah perangai dan mengabaika­n tanggungja­wab sebagai isteri juga ibu, ada yang mula mencari orang ketiga sebagai ‘tempat meluahkan’ selain ada juga yang dihimpit tekanan emosi teruk.

Mengupas mengenai perubahan sikap isteri, perunding keluarga Nurliyana Razak berkata, dalam apa juga keadaan dan situasi, suami perlu menjadi individu pertama yang menyedari perubahan sikap isteri.

“Suami perlu perhatikan setiap tingkah laku dan perubahan isteri. Mungkin kebanyakan daripada wanita tidak meluahkan apa yang ditanggung melalui kata-kata.

“Paling mudah dikesan apabila si isteri mula menghempas­kan barang di rumah, berleter tanpa sebab munasabah kepada anakanak selain jarang senyum,” katanya.

Menurutnya, mungkin untuk tempoh setahun atau dua tahun, wanita yang berada dalam tekanan boleh menyembuny­ikan apa yang dirasanya namun lama kelamaan semuanya sukar dibendung.

“Keadaan akan bertambah teruk sekiranya suami langsung tidak berusaha untuk memahami atau membantu. Sebab itu saya katakan tolong perhatikan isteri anda, lihat perubahan sikapnya kerana ia menunjukka­n betapa tertekanny­a mereka ketika itu.

“Mereka (isteri) sebenarnya terlalu penat apatah lagi yang perlu keluar bekerja. Dalam situasi ini, suami tidak boleh lepas tangan berat terjadi,” katanya.

Tambahnya, dugaan hidup berpasanga­n tidak dapat dielak namun apabila isteri sudah menunjukka­n tandatanda perubahan, si suami perlu berusaha menanganin­ya.

“Tidak salah jika suami memberi keizinan isteri keluar bercuti atau pulang ke kampung halamannya bagi meredakan masalah.

“Jika tidak, bolehlah duduk berdua dan tanyalah dengan baik masalah yang membelengg­u si isteri dan beri jalan penyelesai­annya bukanlah dengan membiarkan saja,” ujarnya.

Menurutnya, sangat menyedihka­n ada di antara suami yang sudah tahu mengenai masalah dialami isteri namun langsung tidak berusaha menyelesai­kannya.

“Diingatkan, jika masih sayangkan isteri dan hubungan segeralah bantu isteri anda, jika perlu boleh bawa mereka ke lokasi kegemaran bagi melegakan tekanan.

“Duduklah berbincang dan kenanglah setiap kesusahan yang sama-sama lalui,” katanya.

PANDUAN UNTUK SUAMI

Nurliyana turut berkongsi antara langkah yang boleh dilakukan si suami apabila menyedari perubahan isteri:

Boleh lakukan kejutan di rumah dengan menyiapkan makanan malam bersama anak-anak. Jika ada bajet lebih, boleh belikan hadiah untuk isteri. Ini kerana kebanyakan wanita yang berada dalam keadaan tertekan tidak dihargai oleh suami atau sering dimarah.

Pilih topik berbual yang munasabah dan jangan menyentuh soal keseronoka­n hidup pasangan lain. Ramai wanita lebih mudah tertekan apabila melihat kehidupan bahagia orang lain kerana mereka merasakan seolah-olah semuanya tidak adil kepadanya.

Apabila lihat isteri banyak mendiamkan diri dan berubah menjadi tidak ceria, boleh bawa isteri ke tempat pertama anda bertemu atau lokasi kegemarann­ya dan ajak berbual. Mana tahu dia akan meluahkan apa yang dirasai.

Sekiranya mengesan berlaku perubahan sikap membimbang­kan seperti isteri mula bercakap sendiri, marah tidak bersebab atau mengurungk­an diri akibat tekanan, segeralah membawanya bertemu doktor pakar bagi mengatasi masalah itu sebelum terlambat.

Tidak salah untuk berbincang mengenai masalah ini dengan ibu bapa si isteri dan ibu bapa anda untuk bersama-sama mencari jalan penyelesai­an terbaik. Penting untuk berterus terang dan akui kesilapan diri.

Ajak isteri solat berjemaah dan banyakkan berdoa, wanita yang berada dalam tekanan ini mudah diperdaya syaitan untuk melakukan perkara-perkara tidak masuk akal.

 ??  ?? FAHAMI kelebihan dan kekurangan pasangan
Suami perlu perhatikan setiap tingkah laku dan perubahan isteri.
Mungkin kebanyakan daripada wanita tidak meluahkan apa yang
ditanggung melalui kata-kata
FAHAMI kelebihan dan kekurangan pasangan Suami perlu perhatikan setiap tingkah laku dan perubahan isteri. Mungkin kebanyakan daripada wanita tidak meluahkan apa yang ditanggung melalui kata-kata
 ??  ?? JANGAN biarkan masalah atau dugaan dialami berpanjang­an dalam tempoh lama
JANGAN biarkan masalah atau dugaan dialami berpanjang­an dalam tempoh lama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia