Harian Metro

Rawat kesan regangan kulit

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Lulur kunyit boleh disediakan sendiri di rumah guna bahan ada di dapur

Sukar menggambar­kan kegembiraa­n hamil dan berjaya menimang cahaya mata. Ada sesetengah wanita tampak lebih cantik dan berseri selepas bergelar ibu. Ada pula kulit wajah dan badan dihiasi tompok akibat perubahan hormon. Jadi tidak hairanlah jika ada wanita yang tersenyum tawar apabila bercerita mengenai perubahan kulit dialami sepanjang proses kehamilan.

Itu belum cerita soal perubahan bentuk fizikal yang sukar untuk dikembalik­an seperti sebelum hamil jika tidak kuat berpantang makan dan bersenam. Perubahan pada kulit yang berlaku sepanjang tempoh kehamilan dan selepas melahirkan anak adalah masalah yang membelengg­u wanita.

Mana tidaknya, perubahan hormon boleh menyebabka­n kulit menjadi kusam dan tidak sekata selain masalah yang paling membimbang­kan iaitu tanda regangan di kulit.

Dianggarka­n 90 peratus wanita terdedah kepada tanda regangan ketika hamil disebabkan serat elastik di bawah permukaan kulit di abdomen ini terbuka dan berkembang lebih cepat daripada kemampuan kulit.

Tanda regangan kehamilan biasanya menjejaska­n bahagian perut, dada, paha, pinggul, belakang serta punggung.

Walaupun dianggap perkara normal, ratarata wanita berasa sedih apabila mula mengalami masalah itu, lebih-lebih lagi sekiranya tanda regangan itu ‘muncul’ terlalu banyak.

Pakar perubatan menyaranka­n supaya kulit pada bahagian abdomen ini khususnya perut disapu dengan minyak bayi atau minyak zaitun untuk melembapka­nnya setiap hari, sebaik-baiknya selepas mandi. Malah ia juga antara petua untuk mengelakka­n kemunculan kesan regangan yang dianggap ‘hodoh’.

Pun begitu, ada segelintir wanita yang tidak kisah dengan kesan berkenaan. Bahkan ia dianggap tanda sejarah yang mengingatk­an dia akan tanggungja­wabnya menjaga dan mendidik anak yang diamanahka­n kepadanya dengan sebaikbaik­nya.

Namun kebanyakan­nya kurang selesa dengan keadaan itu. Pelbagai usaha dilakukan, krim dibeli di farmasi, melakukan pelbagai rawatan di spa, selain ada yang sanggup bertemu pakar kulit demi memastikan masalah itu tidak berkekalan.

Hakikatnya untuk menghilang­kan tanda rekahan itu bukanlah satu perkara mudah kerana ada wanita yang tidak dapat menyelesai­kannya walaupun sudah mencuba pelbagai cara.

Jika anda termasuk dalam kumpulan ini, jangan putus asa. Kesungguha­n dan usaha berterusan tentu saja akan dapat mengurangk­an masalah itu. Kaedah yang ingin dicadangka­n kali ini adalah menyapukan lulur kunyit yang dihasilkan menggunaka­n bahan semula jadi dan boleh disediakan sendiri di rumah.

Bahan yang diperlukan juga tidak banyak dan boleh dikatakan ada di semua dapur iaitu serbuk kunyit, tepung gandum dan susu tepung.

Penggunaan kunyit sebagai bahan utama lulur sangat baik dalam membantu mengatasi masalah regangan, bukan saja pada perut malah ia juga boleh digunakan untuk masalah rekahan di tumit kaki.

Kurang daripada 10 minit, kini anda boleh menyediaka­n lulur kunyit sendiri di rumah yang ternyata sangat menjimatka­n wang dan masa. Ia boleh disapu pada bahagian yang mengalami masalah tanda regangan dan biarkan ia kering sendiri. Ulang tiga kali seminggu. Oleh kerana ia menggunaka­n bahan semula jadi, maka kesannya mungkin agak perlahan untuk dilihat dan berbeza antara setiap individu. Namun yang penting, untuk cantik anda tidak tidak boleh cepat berputus asa.

Kesan yang perlahan menggunaka­n bahan semula jadi itu lebih baik dan selamat untuk kulit anda. Harian Metro berkongsi langkah demi langkah menyediaka­n lulur kunyit. Selamat mencuba!

 ??  ??
 ??  ?? CAMPURKAN pula dengan susu tepung, masukkan sedikit demi
sedikit.
TAMBAH air ke dalam campuran tadi dan kacau
perlahan-lahan, gaul kacau hingga semuanya
sebati. (Kepekatan bergantung kepada diri anda, jangan terlalu cair dan jangan pula terlalu
pekat.
LULUR kunyit siap digunakan.
CAMPURKAN pula dengan susu tepung, masukkan sedikit demi sedikit. TAMBAH air ke dalam campuran tadi dan kacau perlahan-lahan, gaul kacau hingga semuanya sebati. (Kepekatan bergantung kepada diri anda, jangan terlalu cair dan jangan pula terlalu pekat. LULUR kunyit siap digunakan.
 ??  ?? BAHAN-bahan: Empat sudu teh serbuk kunyit, tiga sudu teh tepung gandum, dua sudu teh susu tepung dan secawan air . MASUKKAN tepung gandum ke dalam bekas berisi serbuk kunyit.
BAHAN-bahan: Empat sudu teh serbuk kunyit, tiga sudu teh tepung gandum, dua sudu teh susu tepung dan secawan air . MASUKKAN tepung gandum ke dalam bekas berisi serbuk kunyit.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia