Harian Metro

‘Beli jiwa’ ibu mentua

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Menantu perlu banyak bersabar, tidak melawan untuk elak konflik

Sebaik saja berkahwin, kehidupan individu itu tentu saja berubah. Mana tidaknya daripada hidup seorang kini berdua, daripada mempunyai seorang ibu sekarang sudah mempunyai ibu mentua.

Rata-ratanya mengharapk­an keluarga mentua khususnya si ibu dapat menerima diri seadanya terutama menyayangi dengan sepenuh hati.

Namun, semua itu tidak semudah disangka dan ia bergantung kepada usaha serta peranan diri sendiri dalam cubaan mengambil hati dan kasih si ibu mentua.

Paling utama, jangan sesekali membanding­kan antara ibu sendiri dengan ibu mentua kerana ia bakal mewujudkan masalah besar di kemudian hari. Tidak kiralah sama ada membabitka­n sikapnya, kemahirann­ya, kelebihan atau kekurangan­nya. Tidak kira dalam keadaan apa pun, sentiasa jaga mulut kita agar tidak keluar perbanding­an ini.

Tidak dapat disangkal, dalam usaha menantu merebut hati ibu mentua, masih ada daripada golongan itu yang berasakan dirinya saja di pihak yang betul. Ada ibu mentua berpendapa­t, mereka lebih dulu makan garam dan lebih berpengala­man. Jadi, kata-kata mereka tidak boleh dibantah. Kata-kata mereka bagai perintah dan menantu perlu tunduk akur.

Sangat mencabar apabila berdepan dengan situasi itu, mana tidaknya, kebanyakan menantu tidak mempunyai pilihan selain akur apa saja yang dikatakan atau dimahukan ibu mentua.

Hendak menyatakan pendapat, bimbang dikata derhaka, tetapi jika didiamkan merana diri. Sangat tertekan apabila ditakdirka­n mempunyai seorang ibu mentua yang bersikap ‘aku saja betul’.

Berkongsi mengenai topik ‘ibu mentua yang sentiasa berasakan dirinya betul’, Perunding Motivasi Keluarga Zaid Mohamad berkata, situasi itu perlu ditangani dengan bijak dan sebaik mungkin ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung pula jangan berselerak.

“Ada yang mengatakan terdapat menantu yang bersikap tidak peka dan kurang sayang terhadap ibu mentua namun bagaimana sekiranya keadaan itu terbalik?

“Ibu mentua juga manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesalahan. Mungkin dia sememangny­a jenis individu yang cerewet atau anda bukanlah menantu pilihan atau anda berkahwin dengan anak kesayangan­nya. Itu antara sebab paling popular menjurus mengapa mereka bersikap dingin,” katanya.

Menurutnya, situasi itu walaupun bukan mudah namun ia perlu ditangani sebaik mungkin supaya hubungan boleh menjadi lebih baik.

“Ibu mentua juga adalah ibu kita. Cuba kenal sikap mentua, kenali apa yang dia suka dan apa yang tidak disukai. Cubalah konsep ‘beli jiwa’ yang ia bukanlah bermaksud perlu belikan hadiah atau barangan mewah namun ia lebih kepada kasih sayang.

“Sebaik-baiknya banyaklah bersabar dan jangan suka melawan apa yang dia katakan, walaupun sukar namun cubalah untuk terus bersabar,” ujarnya.

Langkah terbaik adalah kerap bertanya kepada pasangan tentang sikap ibu mereka.

“Mungkin mudah untuk disebut, tetapi sukar untuk menanganin­ya, ada juga pasangan yang terpaksa berpisah disebabkan sikap ‘ibu mentua’ ini.

“Tidak salah untuk menantu berusaha dalam hal ini, yang penting redha dengan ketentuan dan berusahala­h tanpa jemu. Lama kelamaan mereka akan berlembut hati sekiranya melihat kesungguha­n ditunjukka­n menantu,” katanya.

Dalam pada itu, Zaid turut berkongsi antara langkah yang boleh diambil bagi berdepan dengan ibu mentua yang ‘sukar’ begini.

1. Elak tanggapan buruk Walaupun ibu mentua anda sering mahu betul dan bersikap dingin, cubalah tidak menganggap mereka tidak memiliki sifat yang baik.

2. Belajar kenali ibu mentua

Banyakkan bertanya kepada pasangan anda atau adik-beradiknya mengenai sikap ibu mentua. Apa setiap apa yang dikatakann­ya dan janganlah melawan. Ketahuilah kadang kala ada ibu mentua yang saja berkelakua­n sedemikian untuk menguji menantu.

6. Elak mencetuska­n konflik

Jika ibu mentua mula bercakap isu yang tidak anda senangi, cara terbaik berdepan dengan perkara ini ialah mendiamkan diri. Sebaliknya anda mungkin boleh bertanya pendapatny­a untuk menyelesai­kan perkara berkenaan. Jika anda mahu menjawab kata-katanya, gunakan perkataan yang lembut. Berterus terang padanya dan nyatakan perasaan anda.

7. Minta bantuan pasangan

Pasangan perlu memainkan peranan aktif dalam soal ini. Bukan hendak menyebelah­i sesiapa, tetapi untuk mencari jalan terbaik mencipta hubungan yang harmoni dalam keluarga. Tentu tidak seronok jika menantu dan mentua sentiasa bermasam muka. Anak juga boleh mengesan hubungan yang dingin ini dan tidak mustahil jika mereka turut berasa tersisih.

8. Ingat, ibu mentua mungkin tidak akan berubah

Jadi cara terbaik ialah dengan menerima ibu mentua seadanya. Melalui cara ini, anda tidak lagi akan berasa sakit hati dan sedih dengan sikapnya. Namun pada masa sama, sentiasala­h berusaha untuk berbuat baik kepada ibu mentua dalam pelbagai cara. Cuba perhatikan apa yang disukainya untuk memenangi hatinya.

9. Jangan biarkan sikap ibu mentua mempengaru­hi anda

Biarpun kadang-kadang terluka dengan sikapnya, tetapi anda perlu sentiasa positif dan tidak membiarkan kata-katanya mempengaru­hi emosi anda. Cuba cari hikmah di sebalik sikap ibu mentua itu. Paling penting, jangan berhenti berdoa kepada Allah supaya dikurniaka­n keluarga yang bahagia termasukla­h hubungan dengan ibu mentua.

 ??  ?? SAYANGI ibu mentua sama seperti ibu kandung. Ibu mentua juga adalah ibu kita. Cuba kenal sikap mentua, kenali apa yang dia suka dan apa yang
tidak disukai
SAYANGI ibu mentua sama seperti ibu kandung. Ibu mentua juga adalah ibu kita. Cuba kenal sikap mentua, kenali apa yang dia suka dan apa yang tidak disukai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia