Harian Metro

ARENA KVYAT TERPANTAS

- Reuters

Pemandu Russia, Daniil Kvyat meletakkan pasukannya, Toro Rosso di puncak sesi ujian Formula Satu buat kali pertama musim ini apabila melakar masa terpantas di Litar Catalunya, semalam.

Selepas bekas pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen mengetuai senarai bersama pasukan Alfa Romeo di sesi pagi, Kvyat bangkit mencatat masa lebih pantas satu minit, 17.704 saat dengan tayar lembut dan keras di sesi petang.

“Kami sentiasa sedar bahawa kami mampu menamatkan sesi ujian dengan kedudukan teratas,” kata pemandu Russia itu sambil bergurau. Dia digugurkan Toro Rosso pada 2017 dan menghabisk­an masa selama setahun sebagai pemandu simulator Ferrari sebelum diberi peluang kedua oleh pasukan yang dimiliki Red Bull itu.

“Keutamaan kami bukan menjadi yang terpantas te-

(gambar)

tapi kami mahu bangkit daripada persembaha­n hari pertama yang kurang bagus buat kami,” kata Kvyat. “Hari ini kami menghabisk­an lebih banyak pusingan berbanding apa yang dirancang. Ia hari yang sangat menggembir­akan.”

Kvyat melengkapk­an 137 pusingan, kurang satu pusingan berbanding Raikkonen tetapi melebihi pusingan yang dilakukan Sebastian Vettel (134) bersama Ferrari.

Vettel menamatkan sesi ujian di kedudukan keempat selepas menguasai tiga sesi sebelumnya.

Catatan awal Raikkonen, 1:17.762 adalah yang paling pantas buat pasukannya tahun ini dan ia jauh lebih baik berbanding musim lalu.

Juara bertahan, Mercedes terus tidak menyerlah apabila pemandu Finland, Valtteri Bottas muncul pemandu paling perlahan berbanding sembilan jentera lain di sesi pagi tetapi mencatat jumlah pusingan lebih banyak.

Lewis Hamilton mengambil alih peranan di sebelah petang menggunaka­n tayar lembut dan mengharung­i 94 pusingan tetapi catatan masanya tidak begitu menyerlah.

McLaren terlepas dua jam pertama atas masalah teknikal tetapi di sesi petang, pemandu Sepanyol, Carlos Sainz berjaya melengkapk­an 90 pusingan. Pemandu Red Bull, Max Verstappen mencatat 109 pusingan bersama jenteranya yang menggunaka­n enjin Honda.

Pasukan Williams tidak menguji litar di sesi pagi tetapi melengkapk­an 23 pusingan di sesi petang. Catatan terpantas mereka hampir lima saat lebih perlahan berbanding masa Hamilton.

 Pemandu Russia julang Toro Rosso dalam sesi ujian di Litar Catalunya

 ??  ??
 ??  ?? AKSI Kvyat ketika memandu jentera Toro Roso di Litar Catalunya.
VETTEL
AKSI Kvyat ketika memandu jentera Toro Roso di Litar Catalunya. VETTEL
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia