Harian Metro

United pengacau

- Reuters

Manchester United mungkin tidak tersenarai sebagai antara pencabar kejuaraan tetapi skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu memainkan peranan penting dalam menentukan pasukan mana lebih layak menjulang Liga Perdana Inggeris musim ini apabila melayan kunjungan Liverpool di Old Trafford, Ahad ini.

Manchester City mendahului Liga Perdana Inggeris menerusi kelebihan jaringan berbanding Liverpool yang dibimbing Juergen Klopp walaupun kedua-dua pasukan berkongsi 65 mata - lebih 14 mata di atas United yang menduduki tangga keempat.

City tidak akan beraksi minggu ini dan akan bertemu Chelsea di final Piala Liga sekali gus memberi peluang buat Liverpool untuk kembali merampas kedudukan teratas.

United perlu berdepan City sekali lagi selepas ini tetapi penyokong mereka pastinya mahu melihat anak buah Solskjaer merosakkan impian Liverpool.

Liverpool tidak pernah muncul juara sejak 1990 manakala sepanjang tempoh itu, United menjulang gelaran domestik sebanyak 13 kali.

Perlawanan itu juga membuka ruang buat Solskjaer untuk meyakinkan pucuk pimpinan Old Trafford bahawa beliau adalah individu paling layak untuk bergelar pengurus tetap pasukan.

Pengendali Norway itu memang popular di kalangan penyokong selepas menang 11 daripada 13 perlawanan terakhir dan jika berjaya mengatasi anak buah Klopp, pastinya peluang untuk beliau dilantik sebagai pengurus tetap menjadi semakin cerah.

United melangkah ke suku akhir Piala FA selepas menang 2-0 ke atas

Chelsea minggu ini, manakala Liverpool pula seri

0-0 dengan Bayern Munich pada aksi Liga Juara-Juara.

“Menentang Manchester United adalah perlawanan yang besar buat kami. Kami juga tidak sabar untuk menghadapi mereka,” kata pertahanan kiri Liverpool, Andrew Robertson.

“Pertembung­an

 Solskjaer enggan beri jalan mudah Reds julang gelaran liga

ini sentiasa menarik. Saya rasa kedua-dua pasukan pasti bimbang,” tambahnya.

United pasti mengharapk­an Anthony Martial dan Jesse Lingard sempat pulih untuk beraksi selepas tidak bermain ketika tewas di tangan Paris St Germain pada aksi Liga Juara-Juara minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia