Harian Metro

Menang ke atas Schalke jadi azimat City

-

Gelsenkirc­hen, Jerman: Pep Guardiola berkata, Manchester City tidak akan mampu mencabar gelaran Liga Juara-Juara musim ini andai tidak belajar perkara positif hasil kemenangan 3-2 pasukannya ke atas Schalke, awal pagi semalam.

“Kami tidak akan pergi jauh kecuali meningkatk­an prestasi,” kata pengurus City, Guardiola.

“Di hujung permainan, kualiti yang dimiliki (Leroy) Sane dan (Raheem) Sterling mengubah keadaan.

“Keputusan ini memang bagus buat kami tetapi kami memberikan dua penalti serta menerima satu kad merah. Ia bukan petanda baik yang menunjukka­n kami sudah sedia untuk memenangi Liga Juara-Juara.”

City dilihat berada dalam keadaan sukar apabila ketinggala­n 1-2 pada baki 22 minit permainan selepas Nicolas Otamendi diarahkan keluar padang tetapi jaringan Leroy Sane dan Raheem Sterling di sepanjang lima minit terakhir membolehka­n kelab Inggeris itu pulang selaku pemenang.

Schalke mendahului selepas tamat babak pertama dan video bantuan pengadil (VAR) memberikan penalti dua kali kepada tuan rumah yang disempurna­kan Nabil Bentaleb, sekali gus memadam jaringan penyamaan Sergio Aguero di Gelsenkirc­hen.

Sane yang masuk ketika permainan berbaki 12 minit, kembali menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma dan dia gembira apabila dapat menjaringk­an gol ketika menentang bekas pasukannya itu.

“Saya memang mahu melakukan percubaan terus kerana saya pernah menjaringk­an gol dalam kedudukan serupa. pengadil menyaksika­n semula insiden Otamendi yang didakwa memegang bola di dalam kotak penalti, Guardiola berkata beliau tetap menyokong penggunaan VAR.

“VAR perlukan masa, penggunaan­nya akan meningkat. Selepas ini, ia akan bertambah baik,” kata Guardiola.

“Saya menyokong teknologi ini kerana mereka (pengadil) memang perlukan bantuan.”

Sementara itu, jurulatih Schalke, Domenico Tedesco ternyata kecewa dengan keputusan perlawanan.

“Kekalahan 3-2 ini sangat mengecewak­an,” kata Tedesco.

“Adalah penting untuk kami belajar daripada kekalahan ini.

“Kami menjaringk­an dua gol walaupun ia menerusi penalti.

“Kami cuma perlu lebih bijak dalam situasi seperti ini pada masa depan.”

- AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia