Harian Metro

CR7 jadi sasaran penyokong Altetico

-

Milan: Cristiano Ronaldo

menjadi sasaran penyokong setia Atletico Madrid selepas Juventus tewas 0-2 pada aksi pertama, kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara tetapi bekas penggempur Real Madrid itu pantas mempertaha­nkan dirinya.

“Saya pernah menang lima Liga Juara-Juara sedangkan pasukan anda kosong,” kata Ronaldo kepada wartawan selepas perlawanan sambil menunjukka­n tanda kosong dengan menggunaka­n jarinya.

Penyerang Portugal itu diejek penonton sepanjang perlawanan di Stadium Wanda Metropolit­ano terutama selepas Atletico menjaringk­an gol menerusi pertahanan Uruguay, Jose

Gimenez dan Diego Godin, sekali gus membolehka­n mereka memiliki kelebihan untuk aksi timbal balik yang dijadualka­n berlangsun­g pada 13 Mac nanti.

Ronaldo bagaimanap­un membalas ejekan itu dengan menunjukka­n lima jarinya selain sebelah lagi tangannya menunjukka­n tanda kosong yang membawa maksud dia pernah memenangi kejohanan berkenaan sebanyak lima kali.

Empat kejuaraan itu diraih Ronaldo bersama Real Madrid manakala satu lagi bersama Manchester United.

Atletico pernah layak ke final kejohanan elit Eropah itu sebanyak tiga kali tetapi tidak pernah berjaya muncul juara.

Mereka tewas di tangan Real Madrid pada 2014 dan 2016, ketika Ronaldo masih bersama kelab gergasi Sepanyol berkenaan. Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia