Harian Metro

Badang negara nak juga

- Azlan Muhammad Zain dan Mohamad Hussin am@hmetro.com.my

 Atlet bina badan berpendapa­t juara dunia wajar diberikan pencen

angan pandang sebelah mata, kami turut mengharumk­an nama negara di pentas antarabang­sa.”

Itu reaksi Mr Universe tiga kali, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah yang sependapat atlet juara dunia bukan tergolong daripada temasya Olimpik wajar diberikan pencen. Atlet bina badan berusia 46 tahun itu menyambut baik cadangan Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) Nik Razeen Daud yang mahukan layanan sama rata termasuk aspek pencen kepada sukan yang tidak dipertandi­ngkan di Olimpik.

“Saya sendiri sebenarnya tidak mendapat elaun bulanan dari Majlis Sukan Negara (MSN) walaupun sudah meraih tiga gelaran dunia dan empat kali meraih Mr Asia. Pelbagai alasan diberikan termasuk banyak kategori dipertandi­ngkan.

“Jadi apabila SRAM tampil mencadangk­an pencen kepada sukan yang tidak dipertandi­ngkan di pentas Olimpik, saya melihatnya sebagai sesuatu yang amat wajar.

“Bukan saja kepada Datuk Nicol (David) dan saya sendiri namun kepada atlet yang sudah bergelar juara dunia. Kriteria pemilihan terpulang kepada pihak yang bertanggun­gjawab menentukan­nya namun biarlah nasib kami terbela dengan elaun tetap diberikan sepanjang hayat terutama apabila bersara nanti,” jelasnya yang bertanding dalam kategori sukan fizik.

Katanya yang turut dikenali sebagai Mike, terpulang kepada pihak berkepenti­ngan untuk mengenakan syarat tertentu yang perlu dipenuhi seperti perlu bergelar juara dunia sebanyak lima kali atau sebagainya.

Nik Razeen menerusi laporan Arena Metro semalam berpendapa­t pencen wajar dipertimba­ngkan kepada Nicol, sama seperti atlet negara yang meraih podium di Sukan Olimpik dan Paralimpik.

Malah menurut beliau, atlet lain yang bergelar juara dunia turut perlu diberikan layanan sama rata.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan bekas juara dunia skuasy Datuk Nicol David berhak menerima lebih daripada pencen sebagai imbuhan terhadap sumbangann­ya mengharumk­an nama negara.

Enggan mendedahka­n jumlah pencen atau insentif lain yang bakal diterima Nicol, beliau berkata, Majlis Sukan Negara (MSN) masih berbincang dengan bekas ratu skuasy negara itu termasuk sebarang bantuan dan rancangan yang mahu dilakukan Nicol.

“Beliau berhak terima lebih daripada pencen memandangk­an beliau adalah juara dunia lapan kali. Tetapi bentuk bantuan (yang akan diberi), biarlah dia sendiri yang umumkan. Kita beri ruang dan hormati untuk beliau umumkan sendiri, ” kata Syed Saddiq yang ditemui pemberita selepas menghadiri Forum Konflik Kepentinga­n: Analisis dan Syor berhubung Pencegahan Naungan Politik dan Rasuah di Malaysia, di sini semalam.

Kelmarin, Syed Saddiq dilapor mengarahka­n kementeria­nnya memberikan bantuan kepada Nicol dalam menjayakan perancanga­nnya membangunk­an sukan skuasy di negara ini.

Selesa lalu, Nicol yang menceburi sukan itu lebih dua dekad lalu mengumumka­n bakal menamatkan kariernya pada Jun nanti, selepas musim jelajah Persatuan Skuasy Profesiona­l (PSA) 2018/19 berakhir.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia